Saturday, November 17, 2012

Bekas pengarah JAIS,JAIM dan 760 bekas tentera sertai PAS +Video


Kota Bharu: Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Mohamad ke IV malam ini menyaksikan seorang lagi pegawai tinggi kerajaan menyertai PAS.
Bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Datuk Mohd Nahwari Hashim, menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Penyerahan itu disaksikan lebih 30,000 hadirin yang hadir dalam himpunan itu malam ini.

Mohd Nahrawi juga sebelum ini pernah menyandang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Selain itu beliau juga pernah berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri di bahagian perkhidmatan awam.

Beliau yang ditemui Harakahdaily berkata, kemasukannya ke dalam PAS didorong kesedaran kuat bahawa parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam yang sebenar.

"Saya dah lama nak menyertai PAS, dan hari ini secara rasmi saya menyertainya.

"Saya minat agama, dan tak boleh lari dah. Orang minat kepada agama mesti memilih PAS," katanya.

Baginya, PAS satu-satunya parti yang mampu memartabatkan Islam di negara ini selepas banyak kerosakan dilakukan pemerintah sekarang.

Oleh kerana itu katanya, PAS menjadi pilihannya.

Menurutnya kemasukannya ke dalam PAS diharap mampu menyumbang sesuatu ke arah membina negara yang lebih baik.


760 bekas tentera sertai PAS
KOTA BHARU: Seramai 760 ahli Seketariat Kebajikan Rangkaian Bekas Anggota Tentera Malaysia (KERABAT) menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam program Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung malam tadi, Kerabat yang diketuai oleh Leftenan Kolonel (B) Mohd Nazari Mokhtar, Sekretariat Kerabat mengisytihar kesediaan mereka untuk bersama-sama PAS...

Katanya, kesediaan itu kerana tertawan dengan konsep Negara Berkebajikan yang dibawa oleh PAS.

"290,000 pesara tentera di seluruh Malaysia, dan ramai di kalangan kita tidak dipeduli oleh kerajaan, kebajikan mereka terabai.

"Kami percaya PAS akan mengubah nasib mereka selepas ini, selepas PRU ke-13 nanti," katanya diikuti sorakan lebih 30,000 rakyat yang berhimpun di Stadium Sultan Muhamad ke IV malam tadi.

Dengan penubuhan cawangan baru di negeri ini, beliau percaya kebangkitan bekas tentera ini boleh mengejutkan Perkasa dan Perkida.

"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment