Sunday, November 25, 2012

AIRASIA PENYANGAK WANG PELANGGAN?


SEORANG pengadu telah mengalami kerugian dengan membeli tiket tambahan setelah terlepas penerbangan serta masa terbuang begitu sahaja pada beberapa hari lepas. 
Dalam kejadian tersebut; pengadu memberitahu bahawa semasa tiba di Lapangan terbang Airasia, pengadu merujuk kepada 'screen' luar di mana pesawat ke Langkawi (tempat tujuannya) adalah di Pintu 8 dan di 'live screen' Pintu 8 juga memaparkan maklumat seperti di paparkan pada 'screen' sebelah luar.


Setelah menunggu selama 2 jam dan tiada pengumuman diberikan, sedangkan penerbangan akan berlepas sebentar lagi, maka pengadu telah bertanyakan petugas yang bertugas di kaunter dan beliau amat terkejut kerana kapal yang harus beliau naiki telah berlepas beberapa minit yang lalu.

Bersama dengan pengadu adalah beberapa orang penumpang yang turut mengalami kerugian. Pengadu juga diberitahu oleh petugas kaunter berkenaan bahawa flight tersebut berlepas melalui Pintu 10.

Apa yang menghairankan pengadu, tiada sebarang pengumuman penukaran pintu berlepas dilakukan oleh pihak Airasia dan paparan live screen juga masih menunjukkan bahawa penerbangan ke Langkawi masih di pintu 8 dan bukannya pintu 10, seperti yang telah diberitahu oleh petugas kaunter.

Menurut apa yang saya ketahui, sekiranya penumpang telah mendaftar masuk ke dalam balai berlepas, nama mereka akan dipanggil sekiranya belum menaiki pesawat dan mengapa tiada pengumuman dilakukan untuk memanggil mereka yang terlibat.

Jika sekiranya benar terdapat perubahan pintu masuk dan adanya pengumuman diberikan, mengapa paparan 'screen' di balai berlepas masih menunjukkan pintu 8 untuk ke Langkawi beserta nombor flight?

Seharusnya pihak airasia peka terhadap perkara ini kerana mungkin ada sesetengan penumpang tidak mendengar pengumuman yang telah diberikan atau tertidur semasa menunggu.

Kesilapan teknikal seperti ini tidak boleh dimaafkan dan Airasia harus bertanggungjawab. Perkara ini mungkin tidak menjejaskan perniagaan Air asia kerana mengamalkan tambang murah, namun kebajikan penumpang juga harus dijaga.

Penumpang terpaksa mengeluarkan duit lebih yang bukannya murah untuk membeli tiket sekali lagi, serta masa yang terbuang begitu sahaja untuk menunggu penerbangan yang seterusnya.

Salam Hormat,


"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihan raya" .. Klik SINI

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment