Friday, October 12, 2012

Umno terlibat seludup wang ke Hong Kong!

SAH Umno terlibat seludup wang ke Hong Kong…..Pengkhianat dan Parti Syaitan yang bankrapkan negara…!!!


Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta.
PETALING JAYA: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mengakui wujudnya wang sebanyak RM40 juta milik seorang ahli perniagaan yang diseludup melalui Hong Kong adalah untuk sumbangan kepada Umno Sabah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengenai hal ehwal undang-undang itu mengaku berlakunya kejadian ini di Dewan Rakyat semalam, demikian menurut Ketua Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Kebangsaan, Badrul Hisham Shaharin.
Badrul Hisham @ CheguBard berkata, seorang ahli pernigaan bernama Micheal Chia telah ditahan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos 2008 dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat menghala ke Kuala Lumpur.
“Namun berita ini diselindung sebaik mungkin dan tidak mendapat liputan dari media tempatan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurut beliau, terbaru semalam apabila hal ini dibangkitkan semula oleh Ahli Parlimen Batu Tian Chua ekoran jawapan bertulis yang diperolehinya dari Menteri terbabit yang mengatakan ia bukan wang untuk Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman tetapi untuk Umno Sabah.

Bankrap negara
“Apa yang harus disedari ialah mungkin dalam keghairahan regim pertahan pemimpin mereka maka mereka tidak sedar secara tidak langsung diakui bahawa penyeludupan wang RM40 juta itu memang wujud. Makanya apa tindakan undang-undang terhadap kejadian yang diakui wujud itu?
CheguBard yang juga Ketua PKR Cabang Rembau menegaskan, untuk membela Musa, Nazri mengakui wang itu bukan untuk Musa secara peribadi tetapi untuk Musa selaku Ketua Umno Sabah maka ini bermakna sahlah Umno Sabah terlibat dalam penyeludupan wang.
Kata beliau, menurut satu sumber, wang tersebut ada kaitan dengan kawasan balak yang diluluskan di Sabah dan adalah amalan biasa sebahagian keuntungan harus dipulangkan sebagai dana politik untuk komponen Barisan Nasional (BN) atau terus kepada pemimpin tertentu.
“Bukan sedikit wang negara diseludup keluar berkaitan kepentingan pemimpin BN,” jelas CheguBard.
Contoh katanya sebelum ini terbongkar bagaimana Menteri Besar Negeri Sembilan Mohamad Hasan dikaitkan dengan penyeludupan wang RM10 juta ke London dan setelah didapati sahih berlaku, hanya syarikat penghantaran yang dihukum dengan lesennya ditarik.
“Inilah pengkhianat sebenar menjejaskan ekonomi negara. Sudahlah terlibat merompak wang rakyat terlibat pula melarikan wang keluar negara.
“Yakinlah jika regim ini terus berkuasa pasti tidak akan ada antara mereka yang diambil tindakan, lebih penting kegiatan mereka ini akan pasti membankrapkan negara,” ujar beliau.

No comments:

Post a Comment