Wednesday, October 31, 2012

UMNO Selangor Kantoi


Selangor senaraikan statistik rumah mampu milik
Kerajaan Selangor hari ini senaraikan statistik berkaitan pembinaan rumah kos rendah dan sederhana di negeri itu bagi menjawab dakwaan pemimpin BN bahawa hanya 1,000 unit rumah jenis itu disiapkan.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan Iskandar Abdul Samad berkata, sebanyak 6,470 rumah kos sederhana (RM42,000 ke bawah) dan sebanyak 3,925 unit rumah kos sederhana dan sederhana rendah (RM100,000 ke bawah) siap dibina sejak 2008 di negeri itu.

Bagaimanapun, menurut Iskandar, terdapat masih banyak lagi projek yang sedang dalam pembinaan dan sudah diluluskan di negeri itu.

"Kerajaan negeri berharap agar pihak-pihak yang melemparkan tohmahan-tohmahan ini (bahawa sedikit sahaja rumah mampu bilik dibina) supaya menarik balik dakwaan mereka kerana ia ternyata tidak benar," katanya.

Kerajaan Selangor menyenaraikan projek itu bagi menolak dakwaan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim bahawa Pakatan Rakyat cuma menyiapkan 1,000 unit rumah, bukan 23,000 unit seperti dijanjikan semasa pilihan raya.

Lim juga sebelum ini dilapor mendakwa, kebanyakan rumah yang siap dibina daripada projek kerajaan terdahulu BN dan hampir tiada projek baru untuk perumahan kos rendah di negeri itu pada masa ini.

Katanya juga, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini lebih berminat untuk membangunkan kediaman mewah daripada kediaman kos rendah atau sederhana.

Dalam kenyataannya hari ini, Iskandar memberitahu, sebanyak 3,871 rumah kos rendah sedang dibina dan 9,990 sudah diluluskan.

Bagi rumah mampu milik pula, tambahnya, sebanyak 1,628 unit sedang dibina dan dijangka siap antara Disember 2012 hingga Jun 2013.

Sementara itu, Iskandar juga berkata, PKNS juga merancang membina lebih banyak rumah dalam dua peringkat.

Dalam fasa pertama, katanya, sebanyak 1,215 unit rumah lagi akan dibina manakala 9,481 lagi akan dibina dalam fasa kedua (antara 2014-2018).

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment