Wednesday, October 31, 2012

Tolak Royalti 20% : Ni contoh Menteri "TERLEBIH CERDIK" yg kononya berjuang unt Rakyat..


MENTERI TOLAK RAKYAT SABAH TUNTUT ROYALTI 20%.
Pak Menteri KAYA dan BINI MUDA OKLAH. Bulan-Bulan belanja ratusan RIBU.


Rakyat SAbah MELARAT, Negeri PALING MISKIN di Malaysia dengan paras kemiskinan 19.2% nak CARI MAKAN PUN SUSAH.

## Saya PELIK mcmna SABAH boleh PILIH Ahli Parlimen dan Menteri dari Sabah spt ini?  .. -
 
Syam Ghaz

'Tolak royalti 20% Sabah demi kongsi kemakmuran'
Pemimpin Umno Sabah Datuk Seri Shafie Apdal berkata, tawaran royalti minyak 20 peratus kepada negeri itu yang dibuat pembangkang tidak dapat diterima walaupun menarik, demi perkongsian kemakmuran negara.

"Saya datang dari Sabah, rakyat Malaysia. Siapa yang tak mahu (royalti 20 peratus) tetapi kita sedar, (dan) tahu perkongsian mesti ada," katanya yang juga naib presiden Umno.

Menteri pembangunan luar bandar dan wilayah itu sebaliknya menyifatkan tawaran Pakatan Rakyat melalui ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebagai usaha memecahbelahkan rakyat Malaysia.

"Anwar datang ke Sabah dia dakwa kalau kita (Pakatan) perintah dia bagi 20 peratus royalti minyak.

"Hendak dapatkan undi pun janganlah pecah-belahkan rakyat," katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Risda dan Jabatan Kemajuan Orang Asli di Kuala Lumpur hari ini.

Pakatan Rakyat menawarkan bayaran royalti minyak 20 peratus kepada pengundi Sabah semenjak pilihan raya umum 2008.

Anwar sendiri berulang kali mengulangi janji untuk meningkatkan bayaran royalti itu yang didakwa tidak adil kepada Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman sebelum ini dilapor menyifatkan janji itu tidak logik.

Dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia, Musa dilaporkan berkata wang hasil minyak Sabah disalurkan semula ke negeri itu melalui perbelanjaan oleh kerajaan persekutuan. Mk


Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment