Thursday, October 11, 2012

Skim air percuma : DEMO PENIPU DIDALANGI OLEH PENIPU...KAHKAHKAHKAHKAH


Dah berapa kali UMNO cuba buat onar kat Selangor ni.. Dari menghasut rakyat supaya meminta kerajaan negeri melupuskan hutang rumah mereka, membuat pengambaran catuan air ditempat yang tiada masalah bekalan air sehinggalah menghasut penduduk mengadakan demo "konon-kononnya" menuntut 20m3 air percuma..
Rupa-rupanya kesemua penghuni flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya yang mengadakan demo tu semuanya sudah menikmati air percuma sejak akhir tahun lepas lagi...

Dah dapat air percuma.. Tapi masih mengadakan demonstrasi mengatakan mereka belum dapat.. lembUMNO dah kantoi buat kerja bangang dapat la upah RM50 dan sebungkus nasi + sebotol air mineral water 500ml - Orenji Ren Oren

SHAH ALAM : Kesemua penghuni flat Taman Medan Cahaya PJ2, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya telah menikmati skim air percuma Kerajaan Selangor sejak akhir tahun lepas.

Oleh itu dakwaan sebuah NGO di dalam sebuah akhbar pada 8 Okt bahawa 3,000 penduduk di flet tersebut tidak menerima skim air percuma adalah dusta dan berbaur politik, kata Adun Taman Medan Haniza Talha.

Menurutnya, rebat air juga telah diperoleh apabila Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sudah mengemukakan permohonan bagi mendapatkannya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

“Orang-orang yang buat tuntutan itu semuanya penduduk yang telah menerima air percuma. Penduduk yang duduk di flat yang mengatakan mewakili 3,000 orang sebenarnya hanya ada lebih 1,000 orang dan semua mereka dari blok dari A hingga H sudah menerima potongan rebat air daripada SPNB.

“Tuntutan mereka itu hanya berbaur politik kerana ia jelas mereka sudah mendapat perkhidmatan itu tetapi mendakwa kononnya tidak dapat,” katanya ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.

Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor mengulas laporan media mengenai demonstrasi sebahagian penduduk di flat itu Ahad lalu yang mendakwa tidak mendapat air percuma 20 metre padu.

Beliau berkata, penduduk yang terlibat dalam demonstrasi itu telah digunakan demi kepentingan politik Umno-BN.

“Saya mempunyai dokumen daripada Unit Pesuruhjaya Bangunan (COB) yang mengatakan mereka sudah mendapat rebat itu dari Julai lepas atau mungkin lebih awal dari itu,” katanya.

P/S : Dahlah tak reti berterima kasih bersengkokol menipu lagi...

No comments:

Post a Comment