Monday, October 15, 2012

SITUASI DI FELDA TENAT, APA TINDAKAN KERAJAAN?


Sidang Media ANAK telah diadakan di Parlimen tengahari semalam. Turut hadir, YB Salahudin Ayub, Naib Presiden PAS, Dato' Seri Abd Rahman Maidin, Pengerusi NGO Peduli Rakyat dan pimpinan ANAK negeri2.

Antara isu penting yang saya dedahkan:-

1. Penyingkiran Pengarah Jabatan Kewangan, Hanif Ahmad, Pengarah Jabatan Tanah, Syeikh Hadi Syeikh Omar dan Pengarah Jabatan Sumber Manusia, A. Karim Ahmad. Ini adalah jabatan terpenting di Felda. Kesemua mereka ditukarkan ke Unit Gedung Makanan yg ketika ini operasinya hidup segan mati tak mau. Bayangkan pengarah2 profesional ini berjawatan Gred Jusa C ditugaskan menjadi gembala lembu dan kerbau!

2. Antara yg turut ditukarkan ialah Pengurus Besar Wilayah Raja Alias, Izham, Penolong Pengarah Jabatan Komuniti, Pn Hamimah dan Pegawai Kewangan, Pn Mastura. Fasa 2 rombakan bakal melibatkan hampir 20 orang lagi Pegawai Kanan akan dilakukan tidak berapa lama lagi.

3. Ketidak stabilan saham FGVH telah membawa kesan yg banyak. Antaranya aduan kakitangan Felda yg diarah membuat pinjaman saham tetapi bila nak jual rugi. Peneroka Felda masih menerima surat arahan bayar pinjaman 800 unit saham dpd bank, meskipun kononnya ada disediakan skim bayaran RM50 sebulan.

4. FGVH berdepan masalah besar untuk membayar RM257 juta kepada Felda seperti dalam perjanjian ekoran kejatuhan harga komoditi. Harga Minyak Sawit Mentah(MSM) tinggal RM2,300 setan metrik berbanding pernah mencapai RM3,200 sebelum ini. Jika FGVH gagal membayar Felda seperti yg dijanjikan, pendapatan Felda akan terus jatuh. Ini semakin menyukarkan perlaksanaan projek dan aktiviti di Felda sebagaimana bajet Felda yg di unjurkan sebelum ini.

5. Harga komoditi sawit semakin merudum seiring dengan kejatuhan saham FGVH. Disesetengah tempat hanya tinggal RM300 setan berbanding RM850 setan waktu pilihanraya 2008. Pendapatan peneroka menjunam 70% dimana waktu ini baki setelah tolak potongan hanya tinggal antara RM700-1,500 sahaja. Kenapa harga sawit jatuh dengan begitu mendadak?

Ia juga berkait dengan harga getah yg juga jatuh teruk, ses tanam semula Risda yg bermasalah dan pokok2 getah yg tidak lagi mengeluarkan susu yg banyak seperti dulu. Pokok2 getah seperti berpenyakit. Ini aduan dari penoreh2 getah.

Apa perancangan Kerajaan di saat kritikal seperti ini?
ANAK akan menemui Kementerian terbabit dlm waktu terdekat untuk mendapat penjelasan mengenai situasi yg meresahkan peneroka Felda dan pekebun kecil sawit dan getah seluruh negara.

6. Datuk Ahmad Maslan beria2 menafikan Genting Berhad ada membeli 407,005,000 unit saham dlm FGVH. Satu sen pun tida ada kata beliau. Saya telah mengedarkan kepada para wartawan salinan dari papan utama Bursa Malaysia yg dikeluarkan Bloomberg Peers mengenai pembelian saham FGVH oleh Genting Berhad. Pihak Genting sehingga hari ini tidak membuat apa2 penjelasan mengenainya. Sejak bila Ahmad Maslan jadi jurucakap Genting?

P/s maklumat terkini seramai 42 orang Pengurus Ladang Felda Plantation yg ketika ini diambilalih FGVH tidak lagi disambung perkhidmatan mereka. Sebahagian besar mereka telah berkhidmat lebih 30 tahun dan bergaji tidak lebih RM6 ribu sebulan. FGVH telah membawa masuk Penolong Pengurus di Golden Hope dan Sime Darby sebagai Pengurus Ladang FGVH dengan gaji permulaan RM7,500 sebulan.

Mangsa terbaru kesan penyenaraian FGVH! - Mazlan Aliman

No comments:

Post a Comment