Sunday, October 7, 2012

IDEAS SELAR HIPOKRIT BN

Wan Saiful Wan Jan (2)Sebuah badan pemikir berkata, BN tidak harus "paranoid" tentang NGO menerima dana asing kerana parti pemerintah juga demikian, dan menerima sokongan Amerika Syarikat.

"Ahli Parlimen BN tidak perlu menjadi begitu paranoid tentang kemasukan dana asing untuk menyokong NGO di Malaysia," kata Ketua Institut bagi Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (Ideas), Wan Saiful Wan Jan dalam satu emel kepada Malaysiakini.



"Lagipun, pihak BN juga menerima sokongan Amerika, yang terbaru hanya hujung minggu lalu di sebuah mewah hotel di Kuala Lumpur.


"Ini bukanlah sesuatu yang baru kerana, pada hakikatnya, pemimpin BN telah  menerima sokongan asing sejak bertahun-tahun lamanya," dakwanya.

Wan Saiful mengulas kenyataan ahli parlimen BN seperti Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) di Dewan Rakyat semalam bahawa pemberi dana asing cuba melemahkan kerajaan BN.

Agensi kerajaan dan kumpulan prokerajaan serta media arus perdana yang dikuasai BN, melancarkan kempen menyerang badan pemantau hak asasi manusia Suaram kerana didakwa menerima dana asing.

Secara khususnya, mereka telah cuba menggambarkan bahawa siasatan skandal kapal selam Scorpene di Perancis sebagai satu percubaan untuk memburuk-burukkan kerajaan.

Portal berita Malaysiakini juga turut menjadi sasaran dan telah dituduh menjadi alat pemberi dana asing untuk menerbitkan berita yang "anti-kerajaan". - Malaysiakini

No comments:

Post a Comment