Wednesday, October 3, 2012

Sah Najib PM TERAKHIR UMNO

video #TanyaNajib setakat ni dislike lebih banyak dr like kikiki.....
SEBENTAR tadi baru sahaja selesai program #TanyaNajib yang disiarkan secara langsung melalui Google Hangout di YouTube. Najib Razak dilihat berbelanja besar untuk mempromosikan program tersebut. 

Tidak cukup dengan promosi di media arus perdana, beliau turut menggunakan pengiklanan di Google Adsense dengan harapan program tersebut mendapat sambutan hangat di dalam misinya meraih sokongan golongan muda rujuk sini [Promosi #TanyaNajib]. 

Malangnya apa yang diharapkan oleh beliau nampaknya tidak menjadi kenyataan. 

Video siaran langsung #TanyaNajib yang dianjurkan oleh beliau nampaknya tidak disukai oleh majoriti penonton warga maya. 

Buktinya, semasa artikel ini ditulis, kira-kira sepuluh minit selepas program siaran langsung itu selesai, video tersebut menerima hanya 605 undian likes berbanding 1,409 dislikes daripada penonton - MiLo SuaM

sila lihat sendiri klik >> http://www.youtube.com/watch?v=c5VGha5iuzo

No comments:

Post a Comment