Saturday, October 13, 2012

Rampas Tanah, Roboh Rumah; Wakil Rakyat Umno Hanya Kata 'Nasiblah!'

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/anak2%20mengutip%20alatan%20dapur.jpg
BESUT - Ketika wakil rakyat Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu tersenyum lebar diagunerahkan tanah masing-masing antara antara dua hingga lima ekar seorang tetapi tanah dan rumah rakyat dirampas dan dirobohkan.

Kejadian yang memilukan hati itu berlaku sekitar jam 10.30 pagi di Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Tok Saboh di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kuala Besut, Besut pada 4 Oktober lalu, ketika tuan rumah tiada di rumah.

Tinjauan mendapati sejumlah lima buah rumah rakyat yang telah siap termasuk dalam pembinaan diroboh oleh pihak berkuasa kerajaan BN Terengganu.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/anak2%20mengutip%20alatan%20dapur.jpg

[Gambar - anak-anak Rosli hanya mampu mengutip alatan dapur rumah mereka yang teah dirobohkan]


Mangsa kejadian roboh rumah, Encik Rosli Jaafar, 50, melahirkan rasa sedih dan dukacita dengan kejadian tersebut kerana sebelum ini diberi kebenaran membayar Lesen Menduduki Sementara (TOL) bagi Jadual I pada bulan Mac 2012 lalu.

Beliau keliru dengan tindakan Pejabat Tanah Daerah Besut yang sebelum ini membenarkan pembayaran lesen Jadual I serta melakukan kerja-kerja mengukur tanah bagi lot PT.1359 berkenaan.

“Saya rasa sangat dukacita, kecewa, sedih dan keliru dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Pejabat Tanah Besut dan agensi terlibat.

“Bulan Mac 2012 lalu, saya diberi kebenaran bayar lesen TOL (Lesen Menduduki Sementara) Jadual I. Selepas itu, bulan Mei dia (Pejabat Tanah) datang dan ukur keluasan tanah tapak rumah kami.

“Tiba-tiba, pada 4 Oktober hari Khamis. Kami anak beranak tidak ada di rumah kerana keluar bekerja, kerajaan (BN) datang roboh semua rumah yang telah kami duduk sejak enam tahun lalu, ujarnya kepada Harakah.

Menurutnya, tanah lot PT.1359 tersebut diperolehi ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu pada 15 Oktober 2003.

Katanya, keluasan rumah berkenaan bersaiz 35 x 40 kaki persegi yang siap dibina pada tahun 2005 lagi.

Beliau merupakan anak jati tempatan yang bekerja sendiri mempunyai seorang isteri Puan Faridah Daud serta tujuh orang anak dan lima daripadanya masih bersekolah di peringkat rendah dan menengah.

http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita7/rumah%20roboh%20sedih.jpg
Encik Rosli mengakui pernah menerima notis roboh dari pihak berkuasa dan masalah tersebut diajukan kepada Ahli Dewan Undangan (Adun) Kuala Besut, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dato’ Dr Abdul Rahman Mokhtar.
[Gambar kiri - Isteri Encik Rosli tidak mampu menahan kesedihan melihat rumahnya hancur sebaik pulang dai bekerja]

Menurutnya, jawapan yang diberikan oleh wakil rakyat berkenaan amat mendukacitakan sekadar menyebut “nasiblah”.

Seorang warga emas, Ahmad Awang, 65, turut melahirkan rasa sedih kerana rumah miliknya yang masih dalam pembinaan ranap diroboh pihak berkuasa tempatan.

Beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis dari kerajaan agar rumah bersaiz 14 x 20 masih dalam pembinaan tersebut dirobohkan.

“Ambo (saya) fahamlah selepas PAS kalah (2004) dan kerajaan Umno-BN berkuasa semula, semua tanah rakyat zaman kerajaan PAS ‘dirampas’ semula oleh kerajaan (BN).

“Zalim lagu (cara) ini. Kita tidak ambil hak orang, ada sikit (duit) buat sikit. Kita (rakyat) orang susah tanah lain tidak ada dah…. Ini pun kerajaan roboh, macam mana kata rakyat diutamakan”, jelas ketika menunjukkan lokasi rumahnya yang diroboh itu.

Ketika kerajaan PAS Terengganu memerintah (1999-2004) sejumlah 88 lot disediakan bagi RTB Tok Saboh serta diagihkan kepada rakyat di kawasan tersebut.

Seorang Ibu Tunggal kepada tujuh orang anak yang mahu dikenali, Puan Kalsom, 60, tidak dapat menahan kesedihannya apabila rumah masih dalam pembinaan siap 70 peratus dirobohkan.

Beliau yang bekerja mengambil upah menyiang Ikan menangis sebaik sahaja diberitahu oleh penduduk yang melihat kejadian rumahnya dirobohkan pihak berkuasa.

“Saya orang susah, suami tidak ada…anak ramai, tujuh orang (anak). Saya cari rezeki (kerja) ambil upah siang ikan. Kumpul duit sikit-sikit, baiki (buat) rumah untuk sudah (siap).

“Saya sangat sedih dan tidak tahu hendak kata apa lagi. Harap Tuhan (Allah swt) balas, ganti dengan kerajaan lain,” ujarnya. - Buletinonline.net

No comments:

Post a Comment