Tuesday, October 23, 2012

Pendatang Asing Tak Gugat Keselamatan : PATI SEMAKIN GANAS DI KENINGAU?


KENINGAU: Seorang wanita nyaris putus tangan kiri akibat ditetak dengan kapak apabila cuba mempertahankan beg tangan dibawanya daripada diragut penjenayah di sebuah pasar raya di sini, kelmarin.
NGERI.....Tompokan darah mangsa di lantai pasaraya.

Sebelum kejadian, mangsa berusia 30-an dikatakan mengunjungi sebuah pasar raya sebelum didatangi seorang suspek dari belakang dipercayai warga asing, kira-kira jam 6 petang.

Sumber berkata, suspek menarik beg tangan itu menyebabkan mangsa terkejut dan cuba menghalang.

“Mangsa yang tidak menyedari suspek membawa senjata cuba melawan selain menggenggam erat beg tangannya. Lelaki terbabit yang berang mengeluarkan kapak lalu menetak lengan wanita itu menyebabkan mangsa rebah,” katanya. Sk

No comments:

Post a Comment