Tuesday, October 16, 2012

Pandai Urus Tadbir : PAC kenal pasti terdapat lebih kurang 30 jabatan Kerajaan mempunyai masalah paling ketara dlm Laporan Ketua Audit Negara


PAC akan panggil jabatan kerajaan bermasalah dalam Laporan Ketua Audit Negara beri penjelasan

KUALA LUMPUR, 15 Okt — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini berkata pihaknya akan memanggil jabatan kerajaan yang bermasalah seperti terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 untuk memberikan penjelasan.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, pihaknya telah mengenal pasti terdapat lebih kurang 30 jabatan yang mempunyai masalah paling ketara untuk dipanggil.

“Kita telah kenal pasti lebih kurang 30 jabatan kerajaan yang mempunyai masalah paling ketara seperti yang dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit Negara Negara 2011,” kata Ahli Parlimen Padang Besar itu lagi.

Laporan Audit Negara 2011 telah dikeluarkan hari ini dan telah pun diserahkan kepada semua ahli Parlimen dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ketika sidang media itu juga, Azmi turut menjelaskan, jabatan - jabatan yang bermasalah itu akan dipanggil secepat mungkin bermula pada tahun ini untuk memberikan penjelasan.

Beliau bagaimanapun tidak menamakan jabatan-jabatan kerajaan yang bermasalah tersebut.

“PAC akan tentukan jabatan yang akan dipanggil untuk siasatan lanjut, seperti yang dicadangkan ketua audit negara ... kita kaji dan akan buat keputusan.

“Ia akan bermula secepat mungkin ... bermula pada tahun ini hingga sepanjang tahun,” katanya lagi, dan menambah, PAC akan hanya melihat “perkara yang amat ketara, tak ketara sangat kita tak akan panggil.” Berita Penuh di SINI

No comments:

Post a Comment