Friday, October 19, 2012

Panas!! Laporan Audit "Kerajaan PAS Kedah Terbabit Dalam Penyelewengan" rupanya dilakukan oleh orang kuat UMNO ??


Tindakan Utusan Meloya cuba mengheret KCS untuk berperang dengan PAS adalah percubaan yang tidak matang. Bunyi hasutan oleh akhbar racis itu dalam kolum Cuit Zaini Hassan ialah: "Bagi UMNO negeri pula mengapa senyap sepi saja? Sokonglah KCS...!"
PAS dituduh lawan KCS? Jawapan bagi hasutan jahat media pecacai UMNO itu sangat mudah, kalau PAS (yang sepatutnya disebut ialah Ahli-ahli majlis kerajaan tempatan atau pihak pendesak) menentang KCS mengapa mereka mempertahankan Encik Ahmad Fisol Md Nor sebagai YDP MDKP? Bukankah beliau juga adalah KCS?

Yang ditentang oleh PAS (lantaklah nak sebut PAS pun..) ialah Dato' Rasli Basir. Rasli ada enam orang penting kelilingnya iaitu Mi, Man, Mat, Din, E dan Na (6 orang tapi bukan 6 jahanam), itu pun pihak pendesak tak mahu kacau buat masa ini.

Tak semena-mena beberapa hari terakhir ini media maya UMNO menyerang kerajaan PAS negeri Kedah kerana kononnya menyonglap duit sebanyak RM1.55 juta, ekoran Laporan oleh Ketua Audit Negara 2011.
(Semua media maya UMNO membelasah Kerajaan PAS kerana menyeleweng, walhal yg buat kerja tu orang kuat UMNO dalam KCS, juga orang kuat Rasli yang 'membiarkan' ianya berlaku)

EQ juga berasa bertanggungjawab untuk mempertahankan maruah kerajaan negeri Kedah kerana ia sama sekali bukan penyelewengan oleh kerajaan PAS atau Pakatan Kedah tetapi penyelewengan seorang KCS dari kalangan 6 kroni rapat Rasli tadi. Kami tidak ada pilihan, melainkan mendedahkan siapa beliau dan kegiatan sumbangnya berkaitan kewangan semasa bersama MB Dato' Mahdzir Khalid dahulu. 

Orang yang sepatutnya memantau atau membetulkan penyeleweng itu ialah Rasli SUK, tetapi di Kedah orang-orang Rasli itu langsung tidak boleh dijentik oleh kuasa MB dan Exco sekalipun. Keputusan mesyuarat Exco pun ditolaknya mentah2. Beberapa blog pro Pakatan membelasah kerajaan PAS kerana memberi muka kepada Rasli dan beberapa KCS, sepatutnya pecat mereka dari awal. Akibatnya ia memberi imej buruk kepada PAS.

Pasai apa MB tak pecat saja Rasli dari awai? Kira soalan mautla tu. Baru angkat sepanduk lawan Rasli, UMNO main isu derhaka raja masing2 tengok lip pok lip pok bukan nak mai tolong... macam nilah kalau kita tak yakin ada kekuatan untuk lawan toksah dok lawan dari awai tapi kalau sekali langkah masuk gelanggang nak lawan, biaq lawan sampai mampoih... bukan kita mampoih, lawan kitalah 'mampoih'.

Manakala blog pecacai UMNO pula menyerang kerajaan negeri kerana 'menyeleweng'. Penyelewengan dilakukan oleh orang kuat UMNO dengan 'keizinan' SUK yang dipertahankan oleh UMNO kononnya menentang SUK bermakna derhaka pada Agong. Jadi mudah saja nak faham permainan UMNO: Kekalkan Rasli talibarut UMNO supaya orang-orangnya timbulkan masalah dalam kerajaan untuk burukkan imej kerajaan negeri, bila dah buruk mudahlah UMNO menyerang kerajaan negeri. Bijak permainan UMNO... macam otak Yahudi.



Kenapa foto  tu blurr, jangan kalut sangat... . - Baca SINI dan SINI

No comments:

Post a Comment