Friday, October 12, 2012

Panas!! Kedai Rakyat 1Malaysia Jual Makanan Yang 'Expired'..

Ternyata banyak dakwaan yang mengatakan Kedai Rakyat 1 Malaysia menjual barang makanan tidak berkualiti terbukti benar.

Pelbagai kes sudah dilaporkan di akhbar tempatan berkenaan produk 1 Malaysia yang tidak berkualiti sebelum ini.

Malah baru-baru ini Utusan Malaysia ada melaporkan kes 83 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Muar Johor yang mengalami keracunan makanan akibat mememinum susu kotak 1 Malaysia.

Terbaru salah seorang pembaca MiLo SuaM mengirimkan email mendedahkan bagaimana Kedai Rakyat 1 Malaysia di kawasan tempat tinggalnya menjual biskut yang sudah hampir tamat tempoh. Malah ketika artikel ini ditulis biskut tersebut sudah pun tamat tempoh.

Beliau turut mengirimkan beberapa keping gambar sebagai bukti. Rujuk gambar-gambar di bawah ini. Gambar ini diambil di salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia, KR1M yang menempatkan deretan produk biskut yang dibungkus dengan pek 1 Malaysia.
Lihat di dalam gambar di bawah, difahamkan deretan biskut-biskut yang sudah tidak laku dan hampir tamat tempoh ini dijual dan dipamerkan dalam salah satu rak di Kedai Rakyat 1 Malaysia.
Persoalan yang ditimbulkan oleh pengirim, mengapakah biskut seperti ini dijual sedangkan ia tinggal sehari dua untuk tamat tempoh. Malah ia juga dijual dengan harga normal.

"Kalau saya beli hari ini, ataupun ada insan malang tak perasan terbeli biskut ini macam mana nak simpan? Takkan nak habiskan biskut dalam masa sehari?" tulis kiriman email itu lagi.

Jika anda biasa ke pasaraya besar seperti Tesco, biasanya produk yang hampir tamat tempoh seperti ini akan diletakkan di satu ruangan "reduce to clear" (harga murah untuk penghabisan stok). Namun produk ini nampaknya dijual pada harga normal. ~milosuam

Addin : Menteri makan sedap.. rakyat makan barang expired.. "Janji Di Capati"

No comments:

Post a Comment