Saturday, October 6, 2012

Panas!! FORMULA 3-3-3-1 ZAHID, DiTempelak NGO Pro UMNO.. Abdullah Badawi Bersara??

Kepala Batas Bakal Tumbang, Pulau Mutiara Kekal Milik Pakatan!

Nampaknya semakin hari semakin bermasalah parti yang kununnya memperjuangkan nasib orang Melayu, terutamanya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Terbaru, parlimen Kepala Batas yang dipegang bekas Perdana Menteri yang diarah berundur, Abdullah Badawi kini menjadi panas sekiranya dia tidak tersenarai semula sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.
Menurut Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Ishak, sekiranya bapa mertua ahli parlimen Rembau dan Ketua Pemuda Umno-APCO, Khairy Jamaluddin itu berhasrat untuk bersara, bukan setakat Kepala Batas sukar untuk dipertahankan tetapi angan-angan Umno-APCO untuk merampas semula negeri itu hampir pasti pudar.

Sudahlah tiada seorang pun pemimpin muda dalam Umno-APCO negeri mampu menggantikan kredibiliti Pak Lah, pemimpin kanan parti seperti Zainal Abidin Osman dan Ketua Pembangkang di DUN, Azhar Ibrahim sudah tidak dihormati sebilangan orang Melayu sendiri.

Tambahnya lagi, jika Pak Lah memutuskan perkara tersebut di saat akhir sebelum parlimen dibubarkan, bukan setakat Kepala Batas akan terlepas malah dua DUN di dalam parlimen tersebut akan jatuh ke tangan PAS, sekutu kuat Pakatan Rakyat.

Dua DUN tersebut adalah Penaga yang dipegang sendiri Azhar dengan majoriti tipis 1,231 undi dan Bertam yang disandang Zabariah Abdul Wahab yang menang dengan majoriti 2,652 undi sahaja.

Satu lagi kerusi DUN dianggap selamat iaitu Pinang Tunggal yang diwakili Roslan Saidin yang menang dengan majoriti 3,235 undi.

Pak Lah sendiri yang memenangi kerusi tersebut sejak 1978 kehilangan majoriti undi besar lebih 7,000 undi dalam pilihanraya umum lalu jika dibandingkan dengan pilihanraya 2004.

Rahmad juga menempelak formula Naib Presiden Umno-APCO, Zahid Hamidi yang mahukan sistem 3-3-1-1 diguna pakai di saat orang Melayu negeri itu masih kekal dengan Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR.

Menurutnya lagi, MCA, MIC dan Gerakan yang menjadi ketua kerajaan sebelum ditumbangkan pada 2008 masih belum mampu bangkit dari kekalahan memalukan dan ini katanya adalah mustahil buat Barisan Nasional (BN) merampas semula negeri yang kini diterajui Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Dengan 40 kerusi DUN keseluruhan, Umno-APCO cuma mampu memenangi 11 kerusi manakala komponen BN lain kesemuanya kalah di tangan calon Pakatan Rakyat.

Sekiranya trend ini berterusan dan Pak Lah berhasrat untuk berundur tanpa meletakkan pengganti yang layak dihormati sepertinya di Kepala Batas, impian dan angan-angan Umno-APCO dan BN kini cuma tinggal angan-angan semata-mata.

Formula 3-3-3-1 Untuk Rampas Semula P.Pinang - Ahmad Zahid
Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) mengibarkan bendera BN sebagai tanda sokongan pada program BN Pilihan Orang Muda peringkat negeri di Sunway Karnival Mall, Seberang Jaya, P.Pinang, Ahad. Program berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pertahanan selaku Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Seramai 5,000 pemuda dan puteri BN menghadiri program berkenaan. -fotoBERNAMA
BUTTERWORTH: Umno Pulau Pinang perlu mempertahankan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta merealisasikan 'Formula 3-3-3-1' jika Barisan Nasional (BN) mahu merampas semula Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Formula 3-3-3-1 ialah Umno Pulau Pinang perlu menambah tiga lagi kerusi dengan 11 yang disandang sekarang, MCA dan Gerakan memperoleh tiga kerusi masing-masing dan satu oleh MIC.
"Jika ini berlaku, kita dapat bentuk kerajaan BN di Pulau Pinang dengan majoriti satu kerusi. Tetapi kalau parti komponen BN negeri bekerja lebih kuat lagi, saya yakin lebih banyak lagi kerusi DUN boleh dirampas di negeri ini," katanya.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran program "BN Pilihan Orang Muda' peringkat negeri, di sini, Ahad.
Pada PRU 2008, BN hanya memenangi 11 kerusi DUN daripada 40 kerusi yang dipertandingkan manakala DAP mendominasi dengan 19 kerusi manakala PKR memperoleh sembilan kerusi dan PAS satu kerusi.
Mengulas krisis antara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman, Ahmad Zahid berkata krisis yang berlaku itu disebabkan pemimpin PKR itu mula menyedari partinya hanya diperkudakan oleh DAP.
PKR dan PAS perlu menilai kembali kerjasama yang terjalin dengan DAP kerana kepentingan mereka tidak diambil kira oleh parti itu, katanya.
Krisis antara Lim dan Mansor tercetus ekoran penyiaran rakaman audio yang menunjukkan Pengerusi PKR negeri itu mengkritik Lim sebagai sombong dan angkuh yang disiarkan sebuah stesen televisyen Isnin lalu.
Rakaman audio berkenaan adalah mengenai mesyuarat strategik PKR negeri yang dilaporkan berlangsung April lepas di pejabat parti di Lebuh King, Pulau Pinang.
Mesyuarat itu antara lain membincangkan soal pembahagian kerusi negeri pada PRU ke-13. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment