Tuesday, October 30, 2012

PANAS!! ADUN BN asal dari PATI malah terlibat dengan Skandal Seks??

'DATUK S' LAHIR DI CAGAYAN, FILIPINA
SEBAGAI penduduk asli Kampung Semuning, Tambisan, saya telah mengikuti pendedahan demi pendedahan Sabahkini.net termasuk kes Samsuddin Yahya dan Surau Kampung Semuning; memuji keberanian dan keprihatinan Sabahkini.net membela nasib rakyat yang tertindas seperti kami.


Walaupun saya kini terpaksa merantau jauh dari kampung halaman untuk bekerja dengan syarikat asing di luar negara, tetapi hubungan dengan keluarga saya di Kampung Semuning tidak pernah terputus, apatah lagi dengan adanya Sabahkini.net.

Kepada siapa yang tidak kenal Samsudin mungkin terpedaya dengan helah dan kepalsuannya, tetapi bagi kami penduduk Kampung Semuning, telah masak dan mengetahui siapa sebenarnya Samsudin yang layak digelar 'Umang-Umang' atau 'Hermit Crab'.

Untuk makluman Pembaca Sabahkini.net dan Ketua Menteri Sabah, Samsudin Yahya bukanlah anak jati Tambisan atau Kampung Lupak Meluas, Sandakan (seperti dalam rekod JPN) sebaliknya Pendatang Asing Filipina yang datang ke Sabah sekitar usia 10 tahun.

Samsudin dilahirkan di Pulau Cagayan, Filipina tetapi telah dibawa oleh keluarganya ke Tambisan (masuk secara haram). Setelah bapanya bercerai dengan ibunya (keturunan Brunei) dan kembali ke Filipina, Samsudin dipelihara bapa tirinya, Yahya, iaitu sepupu Tun Juhar Mahiruddin.

Kini ibu Samsudin menetap di Brunei, manakala bapa tirinya, Yahya kini sudah meninggal dunia ketika menetap di Brunei. Sepanjang pengetahuan saya, Samsudin mempunyai empat adik beradik 'Saudara Anjing' iaitu satu ibu berlainan bapa kerana ibu Samsudin (namanya sudah lupa) telah bernikah tiga kali.

Hal-hal lain saya rasa tidak perlu sentuh kerana saya hanya ingin memaklumkan bahawa Samsudin adalah PATI dan memalsukan keterangan diri untuk mendapat MyKad Malaysia sebagaimana gundiknya, Pia Binti Dahlan.

Salam Hormat,
ANAK JATI TAMBISAN

TEMBELANG 'DATUK S' SEMAKIN PECAH

BAGAIKAN cicak tertelan kapur, Adun Sekong, Datuk Haji Samsudin Yahya yang popular dengan gelaran Datuk S, mereka cerita kononnya saya yang memberi beliau maklumat tentang latar belakang Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu, dalam Perbahasan Bajet Negeri Sabah 2013 minggu lalu; dengan motif tersirat untuk memecahkan perpaduan Pakatan Rakyat.
Saya tidak kenal secara peribadi dan tidak pernah bertemu Datuk S melainkan membaca melalui Sabahkini.net dan maklumat yang disampaikan oleh Team Pemantauan AMK PKR Sabah; oleh itu dakwaan liarnya tidak perlu dilayan.

Tetapi saya dan rakyat Sabah masih tertanya-tanya bagaimana PATI yang dilahirkan di Bungao, Filipina ini yang mengikut bapa saudaranya ke Sabah, menetap di Tambisan sebelum berhijrah ke Sandakan; menjadi pemandu teksi sebelum dipilih sebagai calon BN setelah berjasa mengerjakan seorang musuh politik pemimpin UMNO, kini berani meludah ke langit ketika dirinya terpalit dengan kes kerakyatan songsang gundiknya, Pia Binti Dahlan.

Sama seperti Adun Sebatik, Abdul Muis Picho; Datuk S terlepas saringan SPRM dan 'Special Branch' sehingga boleh menjadi calon BN dan menggubal undang-undang di Dewan Undangan Negeri Sabah; sedangkan dalam rekod JPN beliau dilahirkan di Kampung Lupak Meluas, Sandakan, seolah-olah menonton filem 'Back To The Future' kerana ketika beliau dilahirkan pada 1955, Lupak Meluas belum lagi wujud.

Lebih mengejutkan saya, mengikut maklumat sahih yang saya terima dari Tambisan, Datuk S bersepupu dengan TYT Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. Inilah ketakutan yang bermain di kepala saya, bagaimana beliau boleh bersepupu dengan Tun Juhar sedangkan beliau telah memalukan Tun Juhar dalam perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Batu Sapi?

Sebagai Anak Jati Sabah, saya amat bimbang jika ada pihak yang meragui kerakyatan Tun Juhar sebagai Anak Negeri Sabah kerana menurut Fasal 2 (1) Perlembagaan Negeri Sabah;

“Seseorang yang bukan warganegara atau seseorang warganegara dengan cara naturalisasi tidaklah boleh dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri.”

Sekiranya Tun Juhar tidak layak menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah mengikut Akta Tafsiran terhadap Perlembagaan Negeri Sabah, maka akan berlaku krisis perlembagaan jika Panel RCI yang menyiasat Pia, Samsudin dan Abdul Muis turut menjalankan siasatan terhadap Tun Juhar.

Berbalik kepada Datuk S, sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan segera terhadap Samsudin kerana berlaku percanggahan kepentingan (Conflict Of Interest) kerana kedudukannya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan dan dalam masa yang sama beliau menjadi Lembaga Pengarah Borneo Aqua Harvest Sdn Bhd, milik Datuk Lo Fui Ming, seorang pemilik kolam ikan terbesar di Malaysia, terletak di Darvel Bay, Lahad Datu.

Disebabkan kedudukannya dalam Ko-Nelayan, maka kerajaan Persekutuan telah meluluskan insentif sejumlah RM24.8 juta kepada Plentiful Harvest Sdn Bhd (anak syarikat Borneo Aqua Harvest Bhd yang tersenarai di Bursa Malaysia) melalui Skim NKEA daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia.

Dalam kesibukan Datuk S memerangi Adun Sri Tanjung, Jimmy Wong yang didakwa menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu, beliau tidak menyedari atau berpura-pura tidak tahu bahawa Datuk Lo Fui Ming juga memegang Sijil Anak Negeri Palsu.

Sebelum skandalnya dengan Pia Dahlan, Datuk S juga mempunyai Skandal Seks dengan isteri Pegawai Kanan Imigresen yang berasal dari Kampung Bokara, Sandakan. Isteri pegawai tersebut juga berasal dari Filipina seperti Pia. Skandal ini sudah diketahui umum.

Sehubungan itu, saya menggesa Datuk S agar pandai malu dan tidak sewenangnya melemparkan tuduhan liar terhadap Lahirul dan Jimmy Wong semata-mata kerana mereka ahli Pakatan Rakyat dan tidak menyokong Barisan Nasional.

Tindakan Ketua Menteri Sabah membiarkan Datuk S menjual namanya dan menyambung perlantikannya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan bagi tempoh satu penggal lagi merupakan tindakan yang bercanggah dengan Prinsip Janji Ditepati yang diamalkan Perdana Menteri; terutama untuk memastikan calon dan pemimpin UMNO bukan sahaja bersih, kelihatan bersih malah berbau bersih; 360 darjah berbeza dengan Datuk S! SK

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment