Wednesday, October 17, 2012

Oiit JPJ Dah Keluarkan "FATWA" .. AES Diterima Rakyat .. kah kah kah


kenyataan penuh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Putrajaya.

Jabatan Pengangkutan Jalan hari ini mengulas terhadap beberapa kenyataan, dakwaan dan isu yang tidak benar yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berhubung dengan pelaksanaan fasa pertama sistem AES (Automated Enforcement System).

Pelantikan syarikat kontraktor: Kerajaan pada 16 Ogos 2006 bersetuju supaya pemilihan syarikat untuk melaksanakan projek Sistem AES dipelawa kepada sembilan buah syarikat bagi menyertai tender .

Walau bagaimanapun, hanya tujuh buah syarikat telah mengemukakan dan melepasi peringkat penilaian dokumen cadangan teknikal dan menyertai ujian 'live demonstration' yang telah dijalankan.

Berdasarkan hasil penilaian dokumen cadangan teknikal dan ujian 'live demo', hanya dua buah syarikat sahaja iaitu A.T.ES Sdn. Bhd yang menggunapakai teknologi Robot daripada Jerman dan Beta Tegap Sdn. Bhd yang menggunapakai teknologi Redflex daripada Australia yang didapati berkelayakan secara teknikal (technically qualified) bagi melaksanakan projek AES.

Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan projek AES secara outsourcing melalui konsep BOOT (Built, Operate, Own dan Transfer) di mana tempoh konsesi adalah selama 66 bulan.

Melalui kaedah ini, kos pembangunan projek, operasi dan penyelenggaraan sistem akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pelaksana tanpa melibatkan implikasi kewangan kepada kerajaan.

Dalam hal ini, kerajaan tidak menanggung apa-apa perbelanjaan sepanjang pelaksanaan Sistem AES ini.

Rasional Pelaksanaan Sistem AES Sepertimana dijelaskan sebelum ini,
rasional pelaksanaan AES adalah semata-mata untuk meningkatkan Perception of Being Caught (POBC) ke tahap yang lebih tinggi ke arah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya yang semakin meningkat serta mengakibatkan kerajaan perlu menanggung perbelanjaan yang tinggi.

Ia bukan bertujuan untuk mengenakan saman dan denda ke atas pengguna jalan raya dan rakyat atau membawa keuntungan kepada syarikat yang dilantik sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu.

Berdasarkan kajian antarabangsa, pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17 peratus sehingga 71 peratus dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus.

Sebagai contoh, negara Perancis telah mencatatkan penurunan kadar kematian sebanyak 27 peratus dalam tempoh tiga tahun pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik manakala negara Kuwait pula telah mencatatkan penurunan kemalangan sebanyak 48 peratus.

Mengikut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pelaksanaan AES di Malaysia juga adalah dijangka dapat meningkatkan POBC kepada 75 peratus adalah memadai untuk mengubah tingkahlaku pemandu.

Dakwaan bahawa Sistem AES akan mengeluarkan 170 juta saman setiap tahun tidak benar. Sistem AES, sepertimana yang telah diperjelaskan beberapa kali sebelum ini adalah semata-mata untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya melalui meningkat kesedaran pemandu dan pengguna jalan raya terhadap Perception of Being Caught (POBC).

Ia tidak bertujuan mengaut apa-apa keuntungan dan membawa keuntungan kepada syarikat yang dilantik sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu.

Jumlah saman yang akan dikeluarkan oleh JPJ adalah bergantung kepada pemandu dan pengguna jalan raya sendiri. Apabila mereka tidak memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat lagi, tidak akan ada apa-apa saman yang akan dikeluarkan.

Oleh sebab itu, pengiraan sendiri dan dakwaan yang tidak munasabah
oleh pihak tertentu bahwa 170 juta saman setahun dijangka akan dikeluarkan adalah tidak benar dan mengelirukan masyarakat.

Banyak respon positif Rakyat dan Pengguna Jalan Raya Terhadap Sistem AES Sebenarnya, terdapat pelbagai lapisan masyarakat mengalu-alukan pelaksanaan sistem AES termasuk NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Surat-surat kepada pengarang akhbar dan rakyat jelata juga menyokong sistem AES sebagai salah satu langkah ke arah meningkatkan keselamatan jalan raya dan melindungi nyawa rakyat.

Pelaksanaan sistem AES merupakan suatu langkah jangka panjang bagi mengurangkan kes kemalangan jalanraya, terutamanya kes kemalangan maut.

---------------------------------------------------------------

kahkahkahkahkah
woi...
jalanraya punyalah besar nak mampos, boleh bawak 35kmj saja?,
lepas tu di situ jugalah di letakkan kamera haramjadah itu? patutkah?

berdasarkan pengamatan rakyat malaysia yang tidak memiliki tauliah sains jalanraya, kemalangan jalan raya bukan berpunca dari kelajuan,
tetapi berpunca dari sikap pemandu yang membawa kereta terlalu perlahan, seperti kelajuan siput babi melintas jalan..

bawakan kepada kami senarai kemalangan yang di bawa lebih 150kmj! memang langsung takda, 

apabila di pandu dengan perlahan, ianya akan mengundang ketidaksabaran pemandu pemandu lain yang mungkin mempunyai urusan penting.

dan juga kemalangan berpunca dari akibat hujan yang melicinkan jalan dan menjarakkan penglihatan manusia serta beberapa masalah teknikal seperti break tidak berfungsi semasa menuruni bukit dan juga tayar yang di jual di malaysia cap ayam made ini china!

kadar kemalangan jalanraya yang berkelajuan lebih dari 120kmj - 180kmj adalah 0.001% saja di malaysia!

bagaimana di katakan kelajuan itu boleh membunuh?
sedangkan kamera ini di cipta supaya rakyat akan terus menerus membayar saman atau ufti kepada kerajaan firaun yang zalim secara paksa!

panggilkan sultan, raja, agung, najib, muyidin, atau semua kaum bangsawan yang duduk di malaysia ini, adakah anda membawa kereta selaju 110kmj saja? 

kenapa mereka boleh membawa sehingga 140kmj dengan ascot? sedangkan rakyat tidak boleh? kenapa mereka boleh melanggar lampu isyarat? sedangkan rakyat tidak boleh? apa malaikatkah mereka itu semua? khakkk puii!

dengan kelajuan 140kmj untuk membawa yang di pertuan agung atau najib razak, pernahkan mereka mengalami kemalangan? secara teorinya apabila membawa kenderaan dengan kadar laju atau kadar 120 - 150kmj, facus kepada pemanduan akan menjadi lebih tepat dan berjaga jaga!

masalahnya disini saman ini untuk siapa? apa rakyat tak boleh bawa laju?  sedangkan para para pembesar kerajaan boleh bawak laju?
woi.. ingat zaman ni zaman batu ka?

kawasan yang luas di jalanraya hanya boleh membawa 90kmj saja? tanya kepada najib razak, mampukah dia membawa seperlahan itu?
cukup cukuplah menzalimi rakyat malaysia selama ini, dari dulu lagi pelbagai cara bagi kerajaan barisan nasional memerah akal bagaimana nak sapu duit rakyat!

ini salah 1 cara mengolah pendapat awam, sedangkan pendapat majoriti rakyat menolak akan sistem ini, sistem haramjadah! kahkahkahkahkah


No comments:

Post a Comment