Saturday, October 20, 2012

Oh Johor Negeri Kelahiran UMNO - Bil air sampai RM4 ribu?


Seorang pengguna, Pn Batimani a/p Appalanaidu yg tinggal di Bandar Putra, Kulai, Johor; menunjukkan kepada saya bil air di rumah beliau berjumlah RM 4,275.54!
Beliau telah membuat aduan ke Ketua Agensi Kulaijaya, Syarikat Air Johor Holdings. Selepas seminggu, baru pegawai SAJ dtg membuat siasatan. Mereka kata ada kebocoran paip. Pelik, baru beberapa bulan sebelum itu SAJ ganti paip dll. Rumah yg mereka duduki sudah 7 tahun, selalunya bil sekitar RM60-RM70 sebulan.

Kalau paip baru ditukar, berlaku kebocoran; adakah wajar pengguna dipersalahkan atas kenaikan bil yg begitu mendadak?

Pn Batimani telah mengupah tukang paip untuk baiki kebocoran, dan membayar hampir seribu ringgit. SAJ tidak ada tanggungjawab langsung dengan bebanan yg dihadapi pengguna.

Awal Oktober lalu mohon agar dimansuhkan bil RM 4 ribu tersebut, namun tiada sebarang respon dpd SAJ. Sudah beberapa bulan, selain bil bulanan, jumlah tunggakan bil terpaksa dibayar RM100 sebulan bagi mengelak pemotongan.

Ini suatu contoh betapa tidak sensitif dan lepas tangan SAJ. Rakyat tanggung derita, berulang alik ke SAJ merayu, hantar surat rayuan dan berbagai usaha mohon pertanggungjawaban SAJ, namun...responnya dingin dan dukacita.

Ini suatu contoh daripada sejumlah hampir 700,000 pengguna air domestik bagi negeri Johor, macam2 aduan diterima. Sebelum ini saya pernah dedahkan masalah kenaikan bil air yg tinggi di Johor. Syarikat konsesi, Ranhill Utilities Bhd milik Dato' Seri Hamdan Mohamad yg mendapat konsesi selama 30 tahun hingga tahun 2026; hidup kaya raya sebab untung berlipat kali ganda.

Bil air mencanak naik, paip bocor dan meter paip yg mengelirukan; beban ditanggung sepenuhnya pengguna. Pemegang konsesi kira untung sahaja....

Tv 3, RTM, Utusan Msia dan Berita Harian sila fokus secara adil masalah yg dihadapi pengguna air di Johor. Jangan tuding ke Selangor sj.....
Bandingkan masalah air antara Selangor dgn Johor. Semua orang tahu, Pengguna bil air di Johor adalah yg tertinggi di Malaysia!

Selangor beri air percuma 20 meter padu @ RM11.40 sebulan bagi pengguna domestik/rumah kediaman yg memiliki paip individu. Mana lebih baik? - Mazlan Aliman

No comments:

Post a Comment