Saturday, October 6, 2012

Najib Dol sepupu Syarip Dol terfikir sesuatu lagi....

"Aku mungkin kalah pemilihan koperasi kali ini...." bisiknya di hati.

Macam mana aku nak keluarkan duit daripada koperasi sebelum aku tewas kerana penduduk Kpg Dusun dah benci saya... terutamany yang golongan muda-mudi...
Isteri Najib Dol pula membising - "Bang, saya nak rantai mutiara satu lagi, yang ini bijinya tak cukup besar, sebab saiz saya dah bertambah sikit..."
Pening Najib Dol... ingin menegur isterinya suruh jaga diet, takut pula ditempelak... tak apalah...

Macam mana nak keluarkan duit daripada koperasi ini... fikir Najib Dol...

"Orang-orang muda di Kpg Dusun perlukan apa waktu ini?" tanya Najib Dol di hati...

"Handphone bijak - itulah idaman setiap orang muda..." bisiknya lagi.

Macam mana nak guna idea handphone bijak ini untuk mengeluarkan duit koperasi?

Fikir... Fikir... Fikir... akhirnya Najib Dol terfikir caranya.

Beliau mula mencari beberapa pengeluar handphone bijak ke Kpd Dusun - dengan perkongsian keuntungan handphone bijak yang dijual... Ada pengeluar yang bersetuju...

Setelah selesai segalanya, Najib Dol membuat pengumuman besar-besaran di Kpg Dusun....

"Koperasi akan membayar balik RM200 ringgit untuk pembelian handphone bijak bagi mereka yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun dan berpendapatan kurang daripada RM3,000...." kata Najib Dol.

Ada seorang penduduk yang bersorak lalu bertanya, "Boleh beli di mana-mana untuk dapat balik RM200 tu ke?"

Najib Dol menjawab: "Tidak... kena beli daripada beberapa kedai sahaja."

Penduduk tu menjawab: "Oh gitu..."

Najib Dol tersenyum riang.... sebab dia dah wajibkan penduduk Kampung Dusun untuk membeli handphone bijak daripada pengeluar-pengeluar yang dilantiknya....

"Contoh handphone bijak berharga RM1000, pelajar akan membayar RM800 untuk membelinya.

Kemudian, kedai-kedai tersebut dapat claim daripda koperasi RM200 untuk setiap jualan..."

Najib Dol gembira dengan kebijaksaannya... dia tambah lagi satu saluran duit boheh mengalir masuk... dia keluarkan duit koperasi apabila kedai tersebut membuat permohonan untuk dapat rebat RM200 untuk setiap pembelian...

Selain itu, kedai-kedai handphone bijak juga untung berkali ganda kerana servis dan jumlah pelanggan dan handphone bijak yang meningkat kerana ini mendapat rebat RM200 yang diumum Najib Dol.

"Am I smart? Sekarang bukan shj saya dapat keluarkan duit daripada koperasi, tetapi juga poket belia Kpg Dusun yg ingin membeli handphone bijak ini daripada kedai-kedai saya dah lantik.... KAYALAH AKU...." bisik Najib Dol.

Faham tak cerita di atas?.... Senyum. - Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man


No comments:

Post a Comment