Sunday, October 28, 2012

MB akan pertahan kerusi Bandar Tun Razak

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akan bertanding sekali lagi bagi mempertahankan kerusi parlimen Bandar Tun Razak yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang mengumumkan akan mencalonkan semula Khalid dalam ceramah di hadapan 300 hadirin di Sungai Besi pagi ini kerana "penduduk Bandar Tun Razak mesti tahu isu Talam".

Anwar berkata, Khalid boleh dipercayai kerana bekas ahli korporat itu tidak pernah menyalah guna kuasa walaupun berjaya mengumpulkan sejumlah wang yang besar untuk Selangor.

Beliau bagaimanapun tidak menyentuh kedudukan Khalid dalam Dewan Undangan Negeri Selangor. Khalid juga penyandang kerusi Ijok.

Sebelum ini terdapat gosip dalaman bahawa kedudukan Khalid sebagai menteri besar kemungkinan akan diambil alih oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali. mk

Demo LoNie tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui ruang komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi MEREKA dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian ADMIN..

No comments:

Post a Comment