Wednesday, October 31, 2012

Mari bangkit SOLIDARITI untuk YB TIAN CHUA !


DEMI RAKYAT! Bagi memastikan semua peserta BERSIH di bebaskan pada hari kejadian
JOM RAKYAT !! SOLIDARITI untuk YB TIAN CHUA !

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini (isnin 29 okt 2012) memerintahkan anggota Parlimen Batu, Chua Tian Chang atau dikenali sebagai Tian Chua membela diri atas pertuduhan tidak mematuhi perintah polis supaya beredar dari kawasan larangan di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (Pulapol), sehari selepas perhimpunan Bersih 3.0.

Hakim Mahmud Abdullah membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Chua, di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan dua hari perbicaraan mulai 29 Nov bagi prosiding bela diri.

Chua, 49, didakwa melanggar perintah yang dikeluarkan Deputi Supritendan A Rajakopal untuk beredar dari kawasan Pulapol yang diisytiharkan sebagai suatu kawasan larangan mengikut perintah kawasan-kawasan larangan 1975.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Nasional didakwa melakukan kesalahan itu di Pulapol, Jalan Semarak pada 2.30 pagi, 29 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(2) Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 7 akta sama, yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Mohd Dusuki Mokhtar dan Amirah Mohamed Yusoff, manakala tertuduh diwakili peguam Latheefa Koya.

- Bernama

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment