Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut.
Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.
“Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah.
Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu,” Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik.
"BAJET" menguntungkan Kroni...
Gambar2 Sebagai HIASAN..

mana patut bumiputera sahaja yang dapat untung, tauke cina juga patut diberi untung sama. tauke itu pun rakyat malaysia juga. bodohlah Dr. Hiew King Cheu.
ReplyDeletekamu orang mana tahu apa-apa. kau ingat kos penghantaran barang di sabah sarawak murahkah?
ReplyDeletesedangkan tambang satu orang menaiki kereta 4x4 dari sipitang pigi long pasia rm130.00 sehala. itu baru sampai long pasia belum kira lagi masuk ke dalam ke kawasan kampung-kampung dipersekitaran Long Pasia. sedangkan mi segera maggi pun berharga rm2.50 - rm3.00 sebungkus. kalau mau komplen selidikilah dulu. kalau kau tidak percaya kau pigilah sana merasa sendiri baru kau tahu itu langit tinggi ka rendah.