Wednesday, October 10, 2012

Mak Aii!! Garang nya Mad Hassan ni..

Selama ni kami agak kagum jugaklah dengan Mohamad Hasan aka MBN9. Walaupun dihentam kiri kanan depan belakang oleh ahli parti sendiri, dikritik ahli komponen BN, termasuk 'serangan' bertali arus pembangkang, namun Mad Hasan tetap nampak cool…tak mudah melatah. Sekali imbas…ado tokohlah sebagai pemimpin.

2. Akan tetapi peristiwa yang baru berlaku Sabtu lalu, 6 Oktober 2012, sedikit mencalar kewibawaan Mad Hasan pada pandangan kami. Hilang terus macho. Rupo eh tak bulih pakai jugak mamat ni.

3. Sabtu lepas, Mad Hasan turun meninjau Projek Penaiktarafan di Jalan Loop (Jalan Tok Ungku), Seremban. Projek inilah sebelumnya heboh Mad Hasan dah anugerahkan pada Shahrul Ehsan aka Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban, yang juga dikenali umum sebagai salah seorang balaci belaan MBN9. Kok ado yang masih bolun tau namo syarikat yang Shahrul guno untuk sakau projek tersebut ialah Kenali Dedikasi Sdn Bhd. Dedikasi sangatlah konon eh tu…

4. Nak dijadikan cerita, telah berlakulah satu insiden yang agak kelakar masa lawatan Mad Hasan tu. Tetapi apa yang ingin kami fokuskan melalui insiden tersebut ialah bagaimana Mad Hasan sebagai pemimpin nombor wahid di N9, melayan serta bereaksi secara langsung terhadap karenah rakyat.

5. Dalam sesi lawatan tersebut, banyak jugaklah perihal yang ditinjau oleh Mad Hasan. Longkang dio pi skodeng, tepi jalan dio pi skodeng, kodai tepi jalan pun dio pi skodeng; dan semestinyolah dalam aktiviti skodeng mengodeng tu, ramai pembodek yang turut samo mengekor Mad Hasan di sepanjang sesi lawatan. Al-maklumlah…pemimpin tertinggi negeri turun padang la katokan.

6. Tongah dok syok rombongan lawatan tu menyambey-nyambey, tak semena-mena datang seorang Benggali terus menegur Mad Hasan. Bila diteliti biji butir cakap Benggali tu, seolah dio cubo nak 'sekolahkan' Mad Hasan. Panjang berjelo Benggali tu membebel tentang bagaimana Projek Penaiktarafan di jalan tu harus dilakukan kerajaan negeri.
Si Benggali (berbaju biru) kanan sedang berleter pado MBN9. Peratikan muko kelat Mad Hasan...
 
7. Ramai yang ada di situ, termasuk Ismail Lasim aka Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, dok tersenyum sebab menyedari yang Benggali tu sebenarnya tongah mabuk. Maso Benggali tu bercakap, boleh dikesan bau alkohol yang sangat kuat terhambur dari mulutnya.

8. Ramai yang menjangkakan ketika itu Mad Hasan akan bertindak bijaksana dengan berdiam diri, senyum dan teruskan lawatan macam biasa, sebab mustahil la Mad Hasan tak perasan yang Benggali tu tongah mabuk.

9. Tetapi sebaliknya berlaku, Mad Hasan naik hantu dan terus membalas bebelan Benggali tu dalam bahaso omputih, "Shut up or I’ll take a swing on you!" Kok diterjemah dalam bahaso Rantau mako bunyi eh, "Diam…aku tumbuk kau kang!"

10. Ramai ketika itu terkejut dengan reaksi spontan Mad Hasan. Masing-masing seolah tak percaya yang pemimpin nombor 1 Negeri Sembilan boleh melatah sedemikian rupa pada seorang rakyat yang hakikatnya tongah mabuk! Sobab takut Mad Hasan akan bertindak lebih agresif, terpaksolah beberapo orang mato-mato (SB) masuk campur dan menarik Benggali tu ke tepi.

11. Adakah Benggali tu salah? Memang sahlah Benggali tu mabuk, dio nak tonggang ka, dio nak tonggeng ka, selagi tak melakukan jenayah, dia punya sukalah! Di bawah undang-undang, mungkin Benggali tu boleh dimaafkan bersandar pada kelakuan tak beradabnya membebel terhadap Ketua Kerajaan Negeri Sembilan di khalayak umum. Lagipun Benggali tu bertindak dibawah pengaruh alkohol. Malah, si Benggali tak buat sebarang tindakan agresif pun selain membebel panjang berjela! Jadi yang peliknya, macam mana orang yang tak mabuk pulak boleh terprovok jadi agresif…apa cer?

12. Ingatkan waghih dio ajo yang ghoma bad temper suko molompang oghang, rupo eh Mad Hasan pun samo yo spesis! Sebagai pemimpin tertinggi BN Negeri Sembilan yang kononnya sedang berjuang untuk menang PRU-13, adakah ini sikap pemimpin yang ingin ditunjukkan pada rakyat?

No comments:

Post a Comment