Thursday, October 18, 2012

Laporan Mengenai Rasuah.. Media BN Kantoiii kah kah kah


Malu weh!! Berita Harian dikantoikan oleh Wakil PBB..
Ketika aku terbaca apa yang dilaporkan oleh Berita Harian 7 Oktober lalu, aku tertanya-tanya apakah betul apa yang dilaporkan oleh Berita Harian dengan tajuk seperti dalam gambar di bawah..
Kerana setahu aku.. dari apa yang dilaporkan oleh Transparency International Malaysia (TI-M)kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) jatuh dari tangga 56 pada tahun lalu kepada 60 tahun ini.

Malaysia mencatatkan markah atau skor sebanyak hanya 4.3. Ini kejatuhan kali ketiga berturut-turut sejak 2009 - baca di ( SINI )
Kalau rasuah semakin meningkat bagaimana pula Malaysia boleh dilabel sebagai pakar memerangi rasuah?

Rupa-rupanya apa yang dilaporkan oleh Berita Harian tentang komen Wakil PBB itu mengenai rasuah disalah lapor oleh pihak Berita Harian..

Baca apa kata Wakil Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Dadah dan Jenayah (UNODC),Dimitri Vlassis yang dilapor memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)..

Laporan penuh baca di Malaysiakini
Tersalah lapor atau sengaja salah lapor untuk memperbodohkan rakyat Malaysia?

Buat malu negara saja puak-puak ni.. kalau nak bodek Najib dan UMNO tu agak-agakla.. kan dah malu... 


No comments:

Post a Comment