Sunday, October 21, 2012

Keputusan Mahkamah, Bukti Kerajaan UMNO/BN Rampas Tanah Orang Melayu


PAS BERI, UMNO RAMPAS - AKHIRNYA KEBENARAN TERSERLAH...
KUALA TERENGGANU – Mahkamah rayuan memutuskan kerajaan negeri diarahkan membayar pampasan ke atas kes-kes tanah pemberian kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004, setelah ia dirampas oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Terengganu, Haji Muhyiddin Abddul Rashid, pada zaman pemerintahan kerajaan PAS, kerajaan telah memberi ribuan lot-lot tanah pertanian dan tanah tapak rumah kepada rakyat negeri Terengganu.

Katanya, tanah-tanah tersebut diberi syarat Tanah Menduduki Sementara (LMS – TOL) bagi memasstikan ianya diusahakan dan dibangunkan dalam masa tiga tahun sebeelum diberi milik kekal.

Malangnya, kata beliau, apabila kerajaan PAS jatuh pada tahun 2004, tanah-tanah tersebut telah dirampas oleh Umno dan BN.

Menurutnya, PAS Terengganu telah mengambil inisiatif menyaman kerajaan negeri Terengganu bagi pihak tuan-tuan tanah yang telah dizalimi itu, sejak tahun 2005.

Ekoran tindakan tersebut, katanya, keputusan terbaru mahkamah mengarahkan kerajaan negeri Terengganu mesti bayar balik ganti rugi kepada tuan-tuan tanah yang telah dirampas tanahnya.

Keputusan tersebut telah dibuat oleh mahkamah rayuan setelah kerajaan negeri Terengganu menarik balik tuntutan menolak keputusan mahkamah sebelumnya ke atas kes-kes terbabit.

Pada minggu lepas, dia (kerajaan negeri) tarik balik (tuntutan) jadi kena bayar balik pampasan (ke atas tanah-tanah itu) tapi tertakluk kepada (berapa banyak) taksiran (yang dibuat ).

Fathi Aziz yang juga Pengerusi Jabatan Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Terengganu berpendapat, keputusan tersebut tertakluk kepada semua kes-kes tanah Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) yang telah dirampas oleh kerajaan Umno-BN.

Justeru, beliau menyarankan tuan-tuan tanah yang terlibat dengan rampasan tanah itu mengemukan taksiran atas kerugian untuk dibuat tuntutan.

Menurutnya, ia termasuk ganti rugi atas tanaman yang telah ditanam atau bangunan yang telah didirikan, diatas tanah tersebut ketika tanah yang diberi kerajaan PAS itu, dirampas oleh pihak kerajaan Umno-BN. - MT

Nota : Pemimpin-pemimpin UMNO sering mendakwa bahawa hanya UMNO yang mampu memperjuangkan dan membela nasib bangsa Melayu di Negara ini..

Malah mereka juga sering menakut-nakutkan penyokong mereka dengan momokan kononnya jika kuasa mentadbir Negara terlepas dari tangan UMNO, maka Melayu akan terpinggir..

Penyokong mereka diperbodohkan agar terus menyokong pemimpin-pemimpin UMNO biarpun mereka itu jelas terpalit dengan berbagai masaalah..

Kerana terpedaya melaunglah penyokong mereka HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!! HIDUP MELAYU!!

Dimanakah apa yang dikatakan sebagai membela nasib Melayu itu jika tanah milik Melayu di rampas oleh UMNO sendiri?

UMNO MEMBELA atau MEMBELA+SAH MELAYU?

Baca Berita Berkaitan Sebelum ini di SINI

No comments:

Post a Comment