Sunday, October 7, 2012

Kasian bha.. PAIRIN terlepas pandang BORNEO POST..

 TIMBALAN Ketua Menteri,(TKM) Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, nampaknya betul-betul marah apabila pembangkang menuduh Barisan Nasional gagal membawa pembangunan di Negeri Sabah selepasmemerintah negeri itu selama 49 tahun.


Memang benar kata TKM Sabah ini, selepas 49 tahun memerintah Sabah, Barisan Nasional telah berjaya membawa pembangunan ke Negeri Sabah. Buktinya Sabah telah berjaya menjadi Negeri paling miskin di dalam Malaysia.

Bukan itu sahaja, malah Barisan Nasional telah berjaya menjadikan Negeri Sabah memiliki 40% daripada segala kemiskinan yang ada di negara ini. Hasilnya kini 40 peratus orang miskin tinggal di Sabah terutama di kawasan pedalaman.

Perkara ini didedahkan oleh akhbar berpengaruh Sabah, Borneo Post yang memetik hasil laporan Bank Dunia. Rujuk printscreen di bawah.
Kepada rakyat Sabah, teruskanlah menyokong Barisan Nasional, jika mahu Negeri Sabah memiliki 100 peratus segala kemiskinan yang ada di bumi Malaysia ini suatu hari nanti.

ReJaM© "Pairin Kitingan mahu tipu siapa? Rakyat atau diri sendiri? "

No comments:

Post a Comment