Saturday, October 13, 2012

Kapal USS George Washington Yang membunuh 37,000 Rakyat Iraq Kini Berada di Pelabuhan Klang


Fakta kezaliman kapal USS George Washington

Kehadiran kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang selama lima hari bermula Ahad lalu 

Pencerobohan Iraq dan Afghanistan telah melibatkan kapal ini dengan:



- Melepaskan jet operasi untuk memerhati perairan Arab pada November 1997 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.

- Melepaskan jet pejuang F/A-18 Hornet untuk menyerang Iraq pada 11 Ogos 2000 dalam Operation Southern Watch di Selatan Iraq.

- Melepaskan kapal terbang pengangkut yang mengandungi 9 skuad penggempur yang mengandungi jet pejuang dalam operasi pencerobohan Iraq pada September 2002.



- Tiba di Teluk Arab bersama jet pejuang dalam operasi pencerobohan Afghanistan dan pencerobohan Iraq.



- Pencerobohan Iraq menyebabkan 7,269 orang awam terkorban, 30,000 tentera Iraq terkorban, 11,000 tercedera.

- Serangan di Afghanistan mengakibatkan 10,000 orang awam terkorban.



(sumber di sini)


BERITA BERKAITAN TERKINI:



Memorandum bantah USS George Washington ditolak, apa helah k’jaan?



PELABUHAN KLANG 12 Oktober: Memorandum bagi membantah kehadiran kapal perang Amerika Syarikat, USS George Washington yang singgah di Pelabuhan Klang selama lima hari bermula Ahad lalu ditolak oleh pengurusan Port Klang Cruise Centre hari ini.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan; Timbalan Presiden Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Khalid Ismath dan Setiausaha Jingga 13, DK Vicky di sini kira-kira 3 petang tadi.

Bagaimanapun, wakil pengurusan Port Klang Cruise Centre yang hanya ingin dikenali sebagai Zam enggan menerima memorandum tersebut.

Turut serta Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Klang dan beberapa anggota kumpulan terbabit - KedahKini

No comments:

Post a Comment