Wednesday, October 31, 2012

Kantoiii!! Syk Pengendali AES guna Kenderaan JPJ


Kita mendapat maklumat dalaman dr JPJ bahawa kenderaan syarikat pengendali AES telah dicat spt kend JPJ utk mengelirukan org awam. Sdgkn kend tersebut brdaftar dgn syarikat bkn hak kerajaan... Adakah ini benar???
JPJ perlu jelaskan perkara ini!!! Ini suatu penyamaran yg bertentangan dgn undang-undang... Zul Hazmi

Seksyen 3(1)(a) Akta Lambang Dan Nama 1963 memperuntukkkan adalah menjadi KESALAHAN kepada sesiapa atau mana mana syarikat atau organisasi menggunakan nama nama dan logo atau apa apa tiruan serupa mengenainya bagi maksud perdagangan, perniagaan, pekerjaan atau profession kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri. Y.A.B Perdana Menteri telah mewalikkan kuasa kuasanya dibawah Seksyen 3(1) Akta Lambang Dan Nama 1963 kepada Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, Jabatan Perdana Menteri.

Jika ia sememangnya KENDERAAN JPJ maka ternyata Kementerian Pengangkutan membohongi rakyat Malaysia hidup2!!!! kementerian kata Kerajaan tak keluarkan sesen pun utk laksanakan AES.... ini guna kereta JPJ tak keluar duit ka??? Sepatutnya mobile unit AES dikenadlikan oleh syarikat bukan oleh JPJ!!!  - Zul Hazmi

Kempen Anti Saman Ekor (KASE) menuntut penjelasan daripada Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berhubung kejadian penyamaran sebagai pihak berkuasa oleh syarikat konsesi Sistem Kamera Automatik (AES).

Penasihat Undang-undang KASE, Zulhazmi Shariff berkata, berdasarkan sumber yang diperolehi, Syarikat Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd mewarnakan kenderaan mereka seakan-akan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik JPJ.

“Apa yang berlaku sekarang, maklumat yang kami terima, ATES dan Beta Tegap mewarnakan kenderaan milik syarikat sebagai warna seakan-akan warna JPJ. “Letak logo JPJ, nama ‘Automated Enforcement System’ sedangkan kenderaan tersebut bukan kenderaan JPJ. Ini apa cerita?” katanya di lobi Parlimen.

Tegasnya, penyamaran sebagai pihak berkuasa ini merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam sidang media sama, Pengerusi KASE, Datuk Mahfuz Omar menggesa semua penerima saman AES agar tidak membuat bayaran kompaun sebaliknya hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara berkenaan.

Ini kerana KASE akan menyediakan peguam kepada mereka selain penggunaan peruntukkan undang-undang yang salah seperti dinyatakan dalam surat saman.

Tegasnya, kerajaan sepatutnya membatalkan semua saman yang mula dikeluarkan pada 13 Oktober lalu dan penangguhkan perlaksanaan AES seperti yang didesak sebelum ini.

“Kalau kerajaan masih tidak menarik balik saman ini, KASE menyeru kepada semua penerima saman ini agar tidak membayar kompaun.

“Sebaliknya ikut arahan ini (dalam surat saman) ke mahkamah. Kami bersedia menyediakan beberapa peguam bagi membantu mereka yang bersedia ke mahkamah.

“Peguam ini hanya untuk saman AES dan bukannya saman trafik,” katanya.

Gambar terbaik perangkap had laju...saksikanlah!!
Gambar ni diambil sewaktu mengikuti program ibadah qurban peringkat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang pada 27 Oktober lalu. Lokasi bertempat Batu 7,Changkat Jering.

Kelihatan seorang anggota JPJ sedang mengendalikan kamera 'speed trap' berhadapan sign board 60 km/j. Orang yang lalu lalang di sini pasti terperangkap dengan kamera 'speed trap' ni.

Bukti jelas menunjukkan tujuan kamera 'speed trap'di laluan sebegini adalah untuk menganiaya orang ramai dan bukannya tujuan untuk mendidik. Bak kata Ustaz Idris Ahmad, kereta lembu pun berkelajuan 63 km/j.
Oleh sebab itu, kesemua negeri Pakatan Rakyat menangguh pelaksanaan sistem AES yang jelas banyak kepincangannya walaupun sebelum dilaksanakan. Sistem AES jelas ingin merompak duit rakyat secara lebih bersistematik.

Cuba anda semua bayangkan, sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas (rujuk sini).

http://addin77.blogspot.com,
30 Okt 2012
Foto ~cikgu din

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment