- Tiada calon proaspirasi atau promahasiswa menang, UIAM neutral
Oleh MOHD. HAZLI HASSAN
pengarang@utusan.com.my
GOMBAK 2 Okt. – Pilihan Raya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak dimenangi mana-mana kem sama ada proaspirasi mahupun promahasiswa.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UIAM, Datuk Dr. Mizan Hitam menegaskan, pilihan raya kampus semula yang diadakan itu dimenangi para pelajar yang mewakili kuliyyah masing-masing.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi kami di UIAM tidak mempunyai calon-calon daripada mana-mana kem, pelajar berjaya mengekalkan aspek neutral.
"Kami bangga dengan keadaan ini. Jadi 31 calon yang menang akan menubuhkan Majlis Perwakilan Pelajar yang akan mendukung cita-cita universiti dan bukan prinsip sesetengah pihak," katanya pada sidang akhbar yang diadakan selepas pengumuman keputusan undian pilihan raya kampus yang diadakan sekali lagi di sini hari ini.
Pilihan raya kampus itu diadakan semula secara manual ekoran masalah teknikal pada sistem undian e-undi yang diadakan minggu lepas.
Dr. Mizan Hitam menambah, pada sesi pilihan raya hari ini 68.2 peratus pelajar telah keluar mengundi, berbanding 70.5 peratus pada minggu lepas menyaksikan penurunan, 7 peratus.
"Walaupun menunjukkan sedikit penurunan, kami masih berbangga dengan mereka yang keluar mengundi hari ini. Kami hanya menyiapkan proses pilihan raya itu dalam tempoh kurang daripada seminggu," katanya lagi.
Dalam pada itu, Dr. Mizan turut menambah, para pemantau yang terdiri daripada wakil pelajar, bekas pemimpin MPP serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berpuas hati dengan perjalanan proses pilihan raya hari ini.
"Kami beri mereka kebebasan untuk melihat proses dan perjalanan pilihan raya hanya undian para pelajar sahaja yang mereka tidak nampak.
"Kami telus dalam hal ini dan para calon juga bersetuju dalam hal ini.
"Di UIAM, para pelajar akan memberikan respons serta-merta jika tidak berpuas hati dengan perjalanan pilihan raya jika tidak dilakukan dengan betul," katanya.
Peti undi yang pertama tiba di pusat pengiraan undi di Kompleks Sukan Lelaki UIAM pada pukul 5.30 petang dari Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan. - UTUSANby UTUSAN ONLINE 7:44 AM yesterday
Sidang akhbar Dr Mizan Hitamby MOHD. HAZLI HASSAN via mobile edited by UTUSAN ONLINE 7:04 AM yesterday- Ketika ini kami sedang menunggu keputusan pilihan raya yang akan diumumkan oleh Dr. Mizan Hitamby MOHD. HAZLI HASSAN via mobile 6:46 AM yesterday
Para penyokong calon yang bertandingby MOHD. HAZLI HASSAN via mobile 6:23 AM yesterday
No comments:
Post a Comment