Monday, October 8, 2012

Jom Berpandangan POSITIF??


Kah kah kaaaaaaaaaaaaahh!! Ketawa guling guling aku bila membaca kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bachok, Datuk Dr Awang Adek Hussein di dalam Sinar Harian hari ini, 8 Oktober 2012 yg mengulas isu kenaikan harga gula.
 
Menurut Awang Adek, kenaikan tersebut bertujuan untuk mengelakkan rakyat sakit akibat mengambil gula yang berlebihan. 

Hari ini, Awang Adek menyerlahkan satu lagi gerak catur politiknya yang menjemput checkmate. Teori Menteri UMNO yg x sudah2 merapu.. 

Kenaikan harga petrol untuk menyekat rakyat daripada boros ke sana ke mari, kenaikan harga minyak masak bagi mengelakkan rakyat mempunyai kolestrol berlebihan dan semestinya pemasangan kamera saman trafik yang berselerak sudah tentu bagi mengelakkan kemalangan jalan raya! 

Awang Adek sebenarnya lebih nampak cerdik jika diam atau setidak-tidaknya memperrsoalkan amalan monopoli yang sedang berlaku pada hari ini. 

Tak perlu buat kenyataan bangang seolah2 rakyat x tahu apa agenda sebenar para Menteri ni. 
1- Petrol WAJIB dinaikan untuk kurangkan kesesakan di jalanraya.


2- Minyak masak WAJIB dinaikkan untuk elak kolestrol. 


3- Tepung WAJIB dinaikkan untuk elak obesiti. 



4- Garam WAJIB dinaikkan untuk elak darah tinggi. 



5- Elektrik WAJIB dinaikkan untuk tanam sifat "jimat cermat". 



6- Udang dan sotong WAJIB dinaikkan untuk elak "ghout". 



7- Air WAJIB di naikkan untuk elak "paru-paru berair".  

8- PATI wajid ditambah untuk elak BN kalah. 


9- PAKATAN RAKYAT WAJIB DINAIKKAN UNTUK ELAK KENAIKKAN SEMUA HARGA BARANGAN. 



Harap maklum... - Vote Pakatan Rakyat

No comments:

Post a Comment