Thursday, October 11, 2012

Janji DiTepati : ADUN Klias Beaufort diberi tempoh 7 hari

TUNAIKAN 12 JANJI SEBELUM PRU-13
SURAT terbuka ini saya tujukan kepada Adun Klias, Datuk Azizah Mohd Dun Banir dan Pemangku Ketua Bahagian UMNO Beaufort, Isnin Aliasnih, yang seharusnya dipertanggung jawabkan berhubung kemunduran rakyat Kota Klias yang menderita di bawah janji bahagia Barisan Nasional.

Saya yang mewakili penduduk dan pengundi Kampung Kota Klias, dan Parlimen Beaufort memohon beberapa buah projek dengan kadar segera sebelum Pilihan Raya Umum ke 13 demi untuk menuntut janji yang telah dilakar selama ini, tetapi belum pernah ditepati.

Berikut adalah projek yang dijanjikan dan dipohon yang dianggarkan keseluruhannya bernilai RM250 juta;

01) Parit konkrit sepanjang jalan Kg.Kota Klias (daripada jambatan Tangulian ke Jambatan Pendiki).
02) Membina jalan raya baru sepanjang 5 km dari Sg. Besi ke Kg Hulu (Kg Lama Hulu Seberang).
03) Baiki SANS/SUIS Kg.Kota Klias.
04) Bina sebuah bangunan untuk operasi Persatuan Belia Kota Klias.
05) Baikpulih tandas awam Kota Klias.
06) Buat sebuah jeti di Sg.Pendiki untuk kegunaan nelayan tempatan.
07) Bersihkan sepanjang Sg.Siantan.
08) Baiki dan buat parit di kebun sawit penduduk Kota Klias.
09) Baiki pagar SK.Kota Klias.
10) Bina jambatan gantung ke kawasan tanah perkuburan Kg.Hulu, Kota Klias.
11) Pembaikan paip air ke rumah-rumah penduduk kg kota klias/ganti rugi kepada penduduk kampung yang terlibat, disebabkan pembinaan paip besar yang sedang dijalankan.
12) Membaiki kalbot ke rumah-rumah penduduk Kg. Kota Klias yang terjejas akibat pembinaan paip besar.

Kerjasama dan keprihatinan Datuk Azizah dan Isnin dalam perkara ini amatlah dihargai. Sila jawab dalam masa tujuh (7) hari daripada surat ini disiarkan kerana kami menuntut agar semua 'Janji Ditepati'.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat,

MOHD.ROBIL BIN ESA
Wakil Penduduk dan pengundi Kg.Kota Klias,Beaufort.



No comments:

Post a Comment