Wednesday, October 10, 2012

Isu Faekah: Kita tunggu saja keputusan malam ini, kata Saifuddin

Mesyuarat mingguan Biro Politik PKR akan membincangkan isu kedudukan Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, pagi ini.

"Nanti akan bincang. Tapi sama ada dibincang malam ini atau tak, saya tak berani nak komen," kata beliau ketika ditanya sama ada Biro Politik akan membincangkan perkara itu malam ini.

Beliau seterusnya berkata: "Kita tunggu saja keputusan malam ini."

Menurutnya lagi, agenda mesyuarat malam ini masih belum diketahui.

“Memang kita akan mengadakan mesyuarat Biro Politik setiap minggu, ini perkara biasa,” katanya lagi kepada Sinar Harian Online.

No comments:

Post a Comment