Thursday, October 11, 2012

IMAM HOSLAN DAH KELUAR KHIR TOYO APA CERITA SAMPAI SEKARANG TAK MASUK-MASUK...?

Kelakuan baik: Imam Hoslan bebas awal
4:15PM Okt 10 2012 - Imam Hoslan Hussin, 46, yang menjalani hukuman penjara kerana didapati bersalah menghina mahkamah dengan membaling alas kaki kepada hakim akan dibebaskan esok di Penjara Kajang.
Lidah parti PAS Harakahdaily melaporkan, wakil daripada jabatan hal ehwal undang-undang dan hak asasi manusia parti itu akan menjemput Hoslan daripada penjara itu sebaik dibebaskan.

Pengerusi jabatan tersebut, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzami dalam laporan itu menyebut, Hoslan dibebebaskan lima bulan lebih awal kerana berkelakuan baik.

"Beliau didapati berkelakuan baik, dan dibebaskan awal. Beliau menerima hukuman lebih dari enam bulan sahaja. Kita akan jemput beliau di penjara Kajang esok," katanya seperti dipetik laman berita itu.

Mahkamah Persekutuan pada April lalu menolak permohonan Hoslan untuk meringkankan hukuman penjara setahun yang dijalaninya sejak Mac, atas kesalahan menghina mahkamah berkenaan.

Hoslan pada 22 Februari lalu bertindak membaling alas kakinya ke arah panel tiga hakim mahkamah tersebut, selepas permohonannya supaya diberi kebenaran untuk membuat rayuan ditolak.

Dalam kejadian itu, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin dilaporkan cuba menenangkan Hoslan namun beliau dikatakan enggan mendengar alasan mahkamah untuk membenarkan bantahan ke atas permohonannnya.

Hoslan seterusnya mencampakkan kasutnya ke arah panel hakim yang hampir mengenai seorang daripda mereka.

Dua lagi hakim yang bersidang bersama pagi ini adalah Hakim Datuk Suriyadi Halim Omar dan Datin Paduka Zaharah Zahari.

Berikutan kejadian itu, Ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat satu laporan polis terhadap Hoslan yang kemudiannya menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atasnya pada 8 Mac.

No comments:

Post a Comment