Monday, October 29, 2012

Hudud: Pas-DAP sudah ada titik persamaan, kata Hadi

Abdul Hadi Awang
SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, titik persamaan secara umum telah disepakati apabila DAP menerima konsep yang sudah ada dalam Perlembagaan Persekutuan termasuk kedudukan agama Islam.

Sehubungan itu katanya, Pas sudah cukup menarik untuk memberi ruang perbincangan mengenai isu itu sekiranya memerintah negara kelak.

Bagaimanapun katanya, cara ini tidak boleh dilakukan oleh Umno dengan rakan-rakan karibnya dalam Barisan Nasional (BN).

"Malangnya perbincangan yang masih awal diganggu oleh media arus perdana khususnya berbahasa melayu mengaku Islam, yang sengaja berniat jahat untuk menghalang cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh Pas.

"Sekiranya rakyat memberi kuasa dalam Pilihanraya Umum ke-13 kepada Pakatan Rakyat, maka Pas yakin dapat membawa mesejnya dengan sempurna tanpa gangguan syaitan yang dikenali dan tidak dikenali," kata beliau lagi. SH

Demo LoNie Al Baqarah [28] : Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Ia menghidupkan kamu; setelah itu Ia mematikan kamu, kemudian Ia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan).

No comments:

Post a Comment