Monday, October 22, 2012

Heng ! Itu Bkn Tok Guru Nik Aziz tapi itu Lu Punya Plesiden aaa ...

Saya tidak biasa menulis artikel dengan tajuk di atas. Namun, keBEBALan pemimpin MCA bermula dengan Presidennya yang mengaku “Itu saya’ dalam filem kontroversinya hingga kepada pemimpin wanitanya menyebabkan hati saya panas menggelegak.
 

Terbaharu diberitakan bahawa Naib Pengerusi Wanita MCA Heng Seai Kie mendakwa PAS menbenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka tidak mematuhi kod etika pakaian Islam. Ia hanya kesimpulan BODOH yang dibuat dari kononnya ucapan MursyidulAm PAS mengenai pakaian menutup aurat

Nampaknya MCA sedang dipenuhi dengan orang bodoh dengan Islam kerana dirasuk oleh ’syaitan yang dikenali’ semenjak lebih 50 tahun. Umno tidak mengajar yang benar tentang Islam kepada MCA dan parti komponennya. Ucapan mantan PM dan Presiden Umno juga mengesahkan lagi bahawa Umno sebagai ’syaitan yang dikenali’ menjadikan MCA dirasuk sehingga sukar mengubatinya. Rasukan yang bukan calang-calang sehingga begitu berani menyentuh hukum Islam secara terbuka dengan cara yang sangat biadab. Tidakkah ’syaitan yang dikenali’ mengajar mereka ini?
Di mana ulama muda Umno dalam isu ini? Di mana Fathul Bari? Allahu yaftah alaik. Ulama muda Umno jangan jadi ’syaitan bisu’ pula kerana berkawan dengan ’syaitan yang dikenali’ lalu mendiamkan dari kenyataan pemimpin MCA yang dirasuk syaitan ini. Akhirnya keSEMUAnya diheret ke lubuk yang sama dengan ketua besar syaitan IBLIS.

Dalam masa yang sama, saya yakin orang Cina yang bijak tidak akan termakan dengan kenyataan meracau yang bodoh dari mulut Heng Seai Kie itu dan tahu bahawa yang telah rosak moralnya ialah Presiden MCA itu sendiri dan bukannya Tok Guru Nik Abdul Aziz yang telah menunjukkan akhlak tinggi secara peribadi dan dalam pemerintahannya di Kelantan selama lebih 20 tahun. - Nasrudin Hassan

No comments:

Post a Comment