Sunday, October 28, 2012

Eksklusif: Pendedahan 'Episod Kedua' Video Seks Membuktikan Individu Mirip Ketua Pembangkang Itu Sah Bukanlah "Anwar Ibrahim" Sebenarnya !!

 Serangan politik terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim nampaknya semakin agreasif sekarang ini. Di saat beliau sedang berhadapan dengan kes liwat II terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan , isu video seks terus dimainkan oleh musuh-musuhnya. Anwar yang diarahkan membela diri atas kes liwatnya pada 16 Mei ini, kian menjadi "tekanan" buat Kerajaan UMNO BN untuk meneruskan kekuasaan mereka selepas Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Lantaran itulah apa saja kaedah perlu dilakukan bagi membuktikan beliau adalah individu tidak bermoral serta tidak layak diangkat sebagai pemimpin agung. Apa yang dilakukan terhadap Anwar sekarang seolah-olah mahu membuktikan yang dia memang terlibat dengan dakwaan yang dibuat. Alasan mantan TPM itu tidak mahu bersumpah terus dijaja, bagi menguatkan lagi hujjah kononnya dia memang terlibat dalam pendedahan yang dibuat. "Sumpah dan DNA" terus jadi mainkan mereka tanpa merujuk kepada kaedah yang telah ditetapkan oleh syariat Islam itu sendiri. Semalam, satu lagi berita menggemparkan telah berlaku apabilavideo seks bahagian kedua yang dikatakan melibatkan Anwar dengan seorang perempuan Cina telah didedahkan. Namun, apakah rakyat boleh semudah itu untuk percaya pelakon video tersebut adalah Anwar Ibrahim?. Inilah yang membingungkan musuhnya sekarang, semakin didedah semakin terserlah pula berbagai kepincangan yang terkadang mereka sendiri tidak dapat menduganya. Malah, rakyat semakin dilihat begitu benci dengan permainan kotor "politik lucah" yang digunakan mereka mutakhir ini.

Polis Sahkan Video Seks Tulen Tapi Jelas Berbeza

Kita pernah dikejutkan sebelum ini apabila rakaman video seks yang didakwa membabitkan seorang pembangkang telah disahkan ketulennya oleh pakar tempatan yang melakukan pemeriksaan terhadap video berkenaan, kataKetua Polis Negara (KPN) Tan Sri Ismail Omar (foto).Beliau berkata siasatan kini dalam peringkat akhir oleh pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman bagi menyiasat rakaman video seks berkenaan. Persoalannya sekarang, jika benar video yang asal itu tulen maka kenapa versinya berbeza-beza?. Malah bagaimana video tulen yang sepatutnya berada dalam simpanan pihak polis boleh terlepas kepada orang awam untuk disiarkan di lamanYoutube. Anehnya ia dibuat secara tergesa-gesa dalam masa tidak sampai pun 24 jam. Selepas media arus perdana berjaya menyiarkan berita tentang video berkenaan, maka pihak yang bertanggungjawab menyebarkan video tersebut mengeluarkannya semula dari Youtube. Bukankah ini sesuatu yang amat memusykilkan kita. Bagaimana video tulen itu boleh terlepas?. Persoalan keduanya pula, kenapa versi satu dan versi dua berbeza?. Versi satu pada skrin terdapat tulisan "Thailand" tercatat, tetapi pada versi yang kedua ia sudah hilang.



Bukti, video tulen yang sebenarnya mempunyai dua versi yang berbeza
Malahan pada versi satu tiada pun paparan catatan masa video tersebut, tetapi pada versi dua sudahh ada ia tertera di sebelah kanan video berkenaan. Kenapa ia berbeza-beza dan kenapa pula pihak polis boleh mengatakan mereka mengesahkan ia tulen?. Bukankah ini sesuatu yang amat melucukan sebenarnya. Terdapat satu muslihat di sebalik semua ini.

Video Seks Dua Jelaskan Bukti Itu Bukan Anwar

Terdapat dua bukti kukuh yang telah didedahkan sekarang ini berkaitan dengan lelaki yang dikatakan mirip Anwar itu. Bukti tersebut yang kini menjadi kemusykilan rakyat. Ini kerana lelaki dalam video berkenaan tidak"berjanggut" dan mempunyai rambut yang nipis di kiri kanan atas telinganya (ala komando). Sedangkan Anwar Ibrahim dilihat tidak pernah muncul dengan wajah yang sedemikian rupa. Maka, bagaimanakah lelaki tersebut boleh dikaitkan dengan beliau. Tambahan pula pada ketika video seks itu didedahkan kelihatan jelas perwatakan lelaki berkenaan dengan perut yang buncit (boroi) dan langsung tidak mencerminkan keperibadian Anwar Ibrahim itu sendiri sebenarnya.



Bukti, gambar kanan rambut Anwar Ibrahim (22 feb) dan kiri (21 Feb)
Malah, pada 21 Februari iaitu ketika video tersebut dirakamkan lelaki itu tidak berjanggut dan rambutnnya nipis. Anehnya pada 22 Februari ketika Anwar hadir ke perbicaraan kes liwatnya diMahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jelas kelihatan imej Anwar berjanggut dan rambutnya tebal. Oleh itu, jelaslah semua ini ternyata satu konspirasi jahat yang dilakukan oleh pihak yang sengaja mahu menjatuhkan karier politik beliau sebenarnya. Itulah motif mereka.

Kemusykilan Lelaki Ketiga Pada Video Seks Kedua

Berdasarkan kepada kenyataan yang ditulis olehBlogger Milo Suam didalam blognya jelas sekali pendedahan video aksi seks lelaki mirip Anwar Ibrahim sangat berbeza dengan pendedahan video rakaman seks Presiden MCA, Chua Soi Lek beberapa tahun lalu. Pihak yang bertanggung jawab mendedahkan video rakaman aksi seks Chua Soi Lek, bertindak menyebarkan video tersebut terus ke pengetahuan umum untuk menjatuhkan beliau, kerana yakin bahawa orang di dalam video seks tersebut adalah Presiden MCA itu.Namun Datuk T tidak berani mendedahkan terus video seks rakaman lelaki mirip Anwar Ibrahim, kerana bimbang kepincangan demi kepincangan video tersebut akan terbongkar apabila ia dikaji oleh orang ramai. Lihat sajalah, bagaimana klip video sedutan pertama sebelum ini menunjukkan kepincangan yang jelas dari segi janggut si pelakon video seks, rujuk sini [Janggut Anwar]. Sebelum ini juga, MiLo SuaM telah mendedahkan bagaimana video seks bahagian ke dua membongkarkan bahawa gaya rambut pelakon video seks sangat berbeza dengan Anwar Ibrahim yang muncul di mahkamah pada keesokkan harinya, rujuk sini [Video seks Anwar part 2]. Kali ini satu lagi kepincangan jelas terbongkar dalam sedutan video klip seks kedua lelaki mirip Anwar Ibrahim yang disebarkan di YouTube sejak semalam, apabila kehadiran seorang lagi individu dikesan saat aksi seks sedang berlangsung. sila rujuk gambar-gambar di bawah ini buktinya.



Pelakon video seks dilihat mengambil kotak tisu untuk diserahkan kepada
seseorang yang tidak kelihatan di dalam video, manakala pelacur yang
berbogel menuju ke bilik air


Pelakon video seks menyerahkan kotak tisu, manakala pelacur terus
masuk ke bilik air dan kemudian dilihat menutup pintu.


Selepas tisu selesai digunakan, kelihatan jelas di dalam video, seseorang
melontar tisu itu mungkin ke dalam tong sampah yang terletak
di bawah meja, pelacur pada masa ini berada di dalam bilik air.


Jelas sekali memang ada seseorang sedang saksikan adengan seks berlaku
Saksikan pada sela masa 0:28 sehingga 0:31 di dalam video seks sedutan kedua yang disebarkan sejak semalam, lelaki mirip Anwar Ibrahim menyerahkan kotak tisu kepada seseorang, kemudian pada sela masa antara 0:45 hingga 0:47 tisu itu dilontarkan ke dalam tong sampah. Jika benar lelaki di dalam video seks adalah Anwar Ibrahim,logikkah Anwar membiarkan orang lain melihatnya berbogel saat sedang memakai seluar? Malah membiarkan aksinya seksnya ditonton oleh orang lain di dalam sebuah bilik yang sama. Barangkali pencacai gerombolan songkok tinggi akan mengatakan ada seekor makhluk halus (hantu) yang melontarkan tisu di dalam video tersebut. Maka Datuk T harus membuktikan ada seekor hantu muncul di dalam video seks ini dan melontarkan tisu itu, jika benar Anwar Ibrahim terlibat. Sila saksikan video tersebut di bawah ini;




 

[Ramai juga dikalangan mereka yang selama ini sudah percaya memang Anwar terlibat dengan kes liwat Saiful kini mula "hilang kepercayaan"terhadap segala tuduhan yang dibuat terhadap beliau. Mereka menjadi "muak dan benci"terhadap kerajan apaath lagi UMNO itu sendiri. Masing-masing kini mula sedar yang diri mereka telah diperalatkan untuk menerima apa saja permainan politik murahan seperti ini. Maka itu, sebagai protes sebahagian besar dari kalangan mereka khabarnya akan menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang, biar pun jasad mereka masih berada dalam parti karat itu. Inilah yang menakutkan pemimpin UMNO, namun dek kerana mahu"melempiaskan nafsu dendam kesumat" pihak tertentu terhadap Anwar maka adengan memualkan seperti ini terus dimainkan. Malah terdapat banyak pihak yang selama ini tidak sokong mana-mana parti politik (atas pagar) kini mula yakin bahawa memang Anwar Ibrahim adalah mangsa "konspirasi" politik jahat musuh-musuhnya. Adengan demi adengan yang ditunjukkan akhirnya menyebabkan rakyat semakin tidak percaya dan hilang keyakinan kepada Kerajaan UMNO Barisan Nasional. Itulah hikmah disebalik semua yang berlaku sekarang ini. Oleh itu, mereka tidak perlu terlalu seronok kononnya sudah berjaya untuk memalukan dan menjatuhkan maruah Anwar. Sedangkan dalam masa yang sama rakyat semakin bersemangat dan terus memberikan sokongan padu kepada mantan TPM itu. Senario inilah yang amat ditakuti oleh mereka sekarang. Lantaran itu juga, langkah terbaik ialah memenjatakan Ketua Umum PKR itu agar kelibatnya tidak lagi dapat dilihat di mana-mana. Soalnya, apakah itu akan selesaikan masalah?. Apa yang pasti ini petanda Kerajaan BN bakal tumbang dalam Pilihanraya Umum ke-13 akan datang]. PD

Demo LoNie : Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Wa lillahil Hamd. Selamat Hariraya Aidil Adha buat semua . Kullu 'Am Wa Antum Bikhair.. Taqabbala Allahu Udhiyatana Wa 'amalina.

No comments:

Post a Comment