Friday, October 12, 2012

Demokrasi ala UMNO : "Tandatangan Atau Tanah Di Rampas"- Datuk Bandar KL


Lepas kes MB N9 nak tumbuk rakyatnya, kini Datuk Bandar KL pulak nak rampas tanah penduduk Jalan Sultan kalau x ikut kemahuannya.

Menurut seorang Peguam yang mewakili penduduk Jalan Sultan, Datu Bandar Kuala Lumpur telah berkata kepadanya dalam satu pertemuan..‘Tandatangan atau tanah dirampas'.
Datuk Bandar Kuala Lumpur memberi kata dua kepada penduduk Jalan Sultan sama ada tandatangan surat persetujuan (POA) atau tanah akan dirampas untuk projek Transit Aliran Massa (MRT). 

Pertemuan peguam yang dilantik penduduk dengan Datuk Bandar hanya membincangkan tentang tanah tanpa mahu membincangkan isu yang berbangkit. Isu sebenar yg penduduk hadapi seolah olah diketepikan dan tidak penting dimata Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib.

UMNO dan budaya samseng x dapat dipisahkan.. Dari pencacainya hinggalah ke pimpinannya.. Orenji Ren Oren

KUALA LUMPUR, 12 Okt — Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib memberi dua pilihan kepada penduduk Jalan Sultan sama ada tandatangan surat persetujuan (POA) atau tanah akan dirampas untuk projek Transit Aliran Massa (MRT), kata peguam mereka, Ngeow Chow Ying.

Menurut Ngeow, pertemuan dengan Datuk Bandar hanya membincangkan tentang tanah tanpa mahu membincangkan isu yang berbangkit.“Kami rasa seolah-olah diketepikan,” kata Ngeow lagi.

Menurut Ngeow, penduduk Jalan Sultan akan memperoleh keistimewaan mendapatkan ruang pada masa hadapan terutamanya apabila Menara Warisan Merdeka siap.“Tetapi mereka dari Menara Warisan Merdeka tidak menghubungi kami,” kata Ngeow lagi.

P/S : Lebih baik tak payah bagi pilihan..LOL....cakap jer memang kami akan rampas...kan senang.... - Pakatan Rakyat Supporters

No comments:

Post a Comment