Sunday, October 21, 2012

BERITA YANG MENGGEMBIRAKAN UMNO/BN : KEMPEN ANTI HUDUD SANGAT BERJAYA - CHUA SOI LEK

Aku tak tahulah Chua Soi Lek ni dikategorikan sebagai kafir zimmi atau kafir harbi... sebab tindakan dia lebih kepada kafir harbi..
dia bukan sahaja menghina hukum-hukum Islam,malah dia menentang dengan keras perlaksanaan hukum Islam dan bukan setakat itu sahaja..

Chua Soi Lek melalui MCA menjalankan "kempen anti hudud" dan dengan berbangga beliau mendakwa kempen mereka itu sangat berjaya dan kini berjaya menakut-nakutkan orang Cina terhadap hudud.
Semalam Pemuda MCA telah pun meluluskan resolusi yang membantah keras hukum hudud dan menyokong pentadbiran sekular kini yang memisahkan agama dari politik...



Apakah kita sebagai ummat Islam masih boleh memilih penggabungan politik yang terdapat MCA di dalamnya..?


Tidakkah sepatutnya sudah menjadi "wajib" bagi kita menolak MCA dan BN kerana mereka menentang hukum Allah malah menghinanya?

Mereka menakut-nakutkan orang Cina seolah-olah orang Cina nanti akan dihukum dengan hukum hudud,sedangkan Tuan Guru Nik Aziz sudah pun memberikan jaminan bahawa hukum hudud tidak akan dikenakan ke atas orang bukan Islam..

Kalau tidak percayakan kata-kata pemimpin PAS bahawa yang bukan Islam tidak terlibat dalam hukum hudud.. maka baca artikel ini yang memaparkan Fathul Bari Mat Jahaya (Ustaz UMNO) sendiri yang mengakui hukum hudud tidak dilaksanakan ke atas bukan Islam.



No comments:

Post a Comment