Wednesday, October 17, 2012

AMBOII CEPATNYA POLIS SIASAT KALAU KENA KAT BATANG HIDUNG DEPA

Polis siasat laporan foto MB Perak disimbah cat merah
Polis sedang menyiasat laporan berhubung beberapa papan iklan yang memaparkan wajah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di sekitar Manjung yang disimbah cat merah, semalam.

Ketua Polis Perak Datuk Mohd Shukri Dahalan berkata, polis menerima satu laporan berhubung kejadian itu semalam.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 47 Kanun Keseksaan kerana khianat.

"Polis masih menjalankan siasatan dan belum ada tangkapan dibuat.

"Mereka yang terlibat melakukan perkara itu tidak akan terlepas daripada undang-undang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak hari ini.

Sementara itu, Mohd Shukri berkata, 21 buah kuil Hindu di beberapa daerah di negeri ini telah dipecah masuk dan emas di bawah patung berhala kuil terlibat didapati hilang.

Beliau berkata kejadian itu dipercayai dilakukan oleh satu sindiket sejak tiga minggu lepas.

"Polis menerima 21 laporan berhubung kes tersebut membabitkan beberapa kuil
Hindu di Selama, Kuala Kangsar dan Sungai Siput," katanya.

Katanya kejadian itu berlaku pada waktu malam dan hanya disedari penjaga
kuil pada waktu pagi keesokan hari.

Bagaimanapun, katanya jumlah kerugian masih belum diketahui.

Mohd Shukri menjelaskan bahawa kes tersebut tidak ada kaitan dengan isu
perkauman atau keagamaan dan kejadian itu diklasifikasikan sebagai kes jenayah. - SUMBER

Kes Kat bawah ni ape cite ???

No comments:

Post a Comment