Monday, September 3, 2012

(Versi Penuh HD) Kejadian Serangan Oleh Perkasa Di Masjid Seberang Pumpong

Malu sungguh orang kedah dengan perbuatan Perkasa yang tak reti hormat Masjid, Tazkirah yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim tadi mereka ganggu.

Pengerusi Pengerusi PERKASA Kota Setar Jamaludin Hashim mengakui sendiri kira-kira 50 ahli PERKASA berdemonstrasi di hadapan Masjid Al-Hussain, Kampong Pumpong bagi menghalang Anwar menyampaikan tazkirah pada malam tadi. [SINI]

Alasan yang diberikan perkasa sungguh dangkal, Apakah didalam islam untuk menyampaikan Tazkirah perlukan "tauliah" dari jabatan Agama tempatan, sedangkan ada hadis nabi meminta kita menyampaikan kebaikan walaupun cuma sebaris ayat. 


KALAU DAP DITUDUH KAFIR HARBI... MELAYU BEGINI BOLEEH DIIKTIRAF SEBAGAI MELAYU HARBI KAH? 

Sejahat2 Dap sehingga dituduh sebagai kafir HARBI.. tidak pernah sekalipun ahli mereka merusuh di masjid, mengganggu majlis agama yang sedang diadakan. jauh sekali hendak meruntuhkan Masjid.. 

Tetapi bagaimana pula dengan tindakan sekumpulan Melayu yang merusuh dan bersikap biadab di rumah Allah.? 

Jikalau tindakan biadab menganggu majlis agama yang sedang dilakukan termasuk membaling selipar ke dalam masjid...apa yang boleh kita katakan kepada Melayu sebegini? 

MELAYU HARBI KAH MEREKA? 
 Dibawah adalah video kekacauan yang ditimbulkan perkasa malam tadi. TL


Serang majlis ilmu, Perkasa jahil seperti Abu Jahal 
KUALA LUMPUR 3 September: Golongan yang menolak kebenaran dan menyerang individu di masjid ketika majlis ilmu sedang berlangsung tidak ubah sifatnya seperti Abu Jahal dan Abu Lahab, kata Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. 

“Sudah menjadi lumrah, apabila ada orang bercakap soal kebenaran pasti akan ada orang yang tidak suka, seperti zaman Rasulullah dahulu, orang Arab Quraisy menentang kerana baginda menyampaikan kebenaran,” kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu ketika dihubungi. 

“Malah, bapa saudaranya sendiri menentang kebenaran. Baginda ditentang sehingga ke tahap diletakkan bangkai di atas badannya ketika sedang solat di masjid,” jelasnya. Beliau mengulas insiden sekumpulan ahli Perkasa yang bertindak ganas menyerang Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan tazkirah Maghrib di Masjid Al-Husain di Seberang Pumpong, Alor Star, Kedah, semalam. 

“Bukan saya menyamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Rasulullah, tapi lihat dari segi bagaimana kebenaran yang cuba disampaikan beliau begitu ditentang, hingga ada orang yang berasa tidak senang dan cuba menghalang dengan pelbagai cara,” kata Johari lagi. 

Keadilan Daily melaporkan, samseng tersebut bertindak memadamkan lampu masjid dan alat pembesar suara berulangkali, di samping mengeluarkan kata-kata kesat serta membaling kasut ke dalam masjid ketika tazkirah disampaikan. 

Kejadian serangan itu adalah insiden kedua selepas bas jelajah Merdeka Rakyat dibaling batu dan disimbah cat merah di Kelantan sehari sebelumnya. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=35303

No comments:

Post a Comment