Wednesday, September 12, 2012

Rahsia terbongkar... Mengapa Tok Guru Nik Aziz 'merajuk' lalu keluar awal mesyuarat Syura?


Media propaganda nombor satu Malaysia iaitu TV3 Suku memberitahu bahawa sebabnya ialah kerana Tok Guru merajuk kerana agenda tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin tidak masukkan. Jurucakap yang mengulas itu isu siapa?
Wan Ismail Wan Ahmad, bekas calon PAS tahun 80an yang sewaktu dalam PAS dulu tak sudah-sudah mengkafirkan UMNO. Pasai apa pulak setelah bukan jadi ahli PAS nak jadi jurucakap bagi pihak PAS pulak? Gilababi punya TV3 suku...
Dalam isu Ustaz Nasha ni, media propaganda 'Syaitan Dikenali' memang sudah bersedia untuk spin fikiran rakyat dengan situasi tertentu. Mari kita tengok...

JIKA isu Ustaz Nasha dijadikan agenda, dibincang dan diambil tindakan. TV3 Suku akan kata: PAS tunduk kepada Anwar dan DAP.

JIKA isu Ustaz Nasha tidak dibincang dan tidak diambil tindakan. TV3 Suku akan kata: Puak Anwarinas dalam PAS ditolak, Nik Aziz merajuk, kecewa, hubungan Pakatan semakin retak.

Dan itulah isu yang mereka gunakan untuk spin pemikiran rakyat sekarang. 

Mereka hanya melaksanakan kerja syaitan iaitu berusaha memecahbelahkan jamaah Islam. Alhamdulillah PAS dari pucuk pimpinan hingga ahli paling bawah tidak melatah isu Ustaz Nasha. DAP dan PKR pun akur. Akhirnya UMNO serta puak2 Syaitan Dikenali yang meroyan sendirian siang malam.

Berbalik kepada soalan mengapa Tok Guru Nik Aziz keluar awal dari pengerusikan mesyuarat Majlis Syura.. jawapannya sudah diberikan, sebab beliau kurang sihat waktu itu! Adapun sebab2 yang lain seperti merajuk dan sebagainya adalah sebab yang direka oleh para Syaitan yang dikenali, maka tak usah percayalah akan propaganda bodoh itu. Sekian. - Kedah La


No comments:

Post a Comment