Sunday, September 2, 2012

PR Membelakangi SULTAN atau BN yg Membelakangi Yang Di Pertuan Agong?

Najib Mengakui BN Membelakangi Yang Di Pertuan Agong? Sejak bila countdown sambutan kemerdekaan jemput Sultan? Itu yang pelik.. apabila Najib dan pencacai-pencacainya memainkan isu ini.

 Kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak menghormati Sultan kerana tidak menjemput baginda ke program countdown sambutan kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Dataran Shah Alam. 

Di IPOH tak de pun jemput Sultan Perak.... Sultan pun selalu datang untuk hari Perbarisan jer....malam tadi kenapa UMNO tak jemput YDPA....yg nampak Najib dgn Hyppo jer....  
 Adakah mereka sudah lupa atau pun buat-buat lupa. Program Himpunan Janji Di Tepati pun sendiri Najib tidak menjemput Yang Di Pertuan Agong untuk hadiri ke program tersebut, kenapa pulak tidak menjadi isu? 

Ini bermakna BN sendiri yang membelakangi Yang Di Pertuan Agong? 

 Sebenarnya Najib dan pencacai-pencacainya sudah semakin bodoh.. dan rakyat pula sudah semakin pandai untuk menghukum Najib dan pencacainya pada PRU 13 nanti. 

Sikap Belakangkan Sultan Tidak Mengejutkan
PETALING JAYA – Tindakan kerajaan pembangkang yang dilapor membelakangkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam majlis sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri bukan satu perkara mengejutkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Baca Artikel Penuh di SINI
YMM Sultan Tidak Pernah Dijemput Untuk Malam Ambang Kemerdekaan; BN Main Politik Sempit Untuk Tutup Kelemahan 
Saya kesal tindakan sesetengah pihak yang cuba mencemar kehangatan semangat Kemerdekaan dengan isu-isu yang sengaja diperbesarkan. Sejurus isu jemputan kepada DYMM Sultan di mainkan oleh Utusan Malaysia, saya sendiri telah mendapat kepastian daripada YB Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri pada Jumaat lalu; 31 Ogos samada beliau tersilap pandang dengan tidak menjemput DYMM Sultan untuk mencemar duli pada malam Kemerdekaan. 
Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohamad Khusrin Munawi adalah Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan ke 55 dan Hari Malaysia peringkat Negeri Selangor yang diadakan pada 30 Ogos lalu di Dataran Kemerdekaan di Shah Alam. 
Gambar Ini Menjawab Kenapa Sultan Selangor Tidak Hadir Sambutan Kemerdekaan Di Dataran Shah Alam.. 
 Menteri Besar Selangor bersama Tuanku Sultan Selangor di Masjid Negeri Selangor pada Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil sempena Hari Merdeka ke-55. 

 Ini selayaknya seorang Sultan berada, bukannya di stadium terpekik dan terlolong sepertimana yang disatankan oleh Najib. Ini tempat selayaknya untuk seorang Sultan.. Najib oii..!!

Beliau mengesahkan bahawa DYMM Tuanku tidak pernah dijemput untuk malam ambang kemerdekaan kerana Baginda akan hadir pada program rasmi pada sebelah pagi 31 Ogos iaitu Majlis Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negeri. 

Justeru, kerajaan negeri yakin sepenuhnya dengan pengalaman YB Dato Setiausaha dan seluruh Jawatankuasa Program yang terdiri dari pegawai kerajaan dalam mengendalikan acara sambutan yang melibatkan protokol dan tetamu jemputan. 

Seperti yang dijelaskan sebelum ini, program sambutan pada malam kemerdekaan pada tahun-tahun sebelum ini tidak pernah melibatkan kehadiran DYMM Sultan Selangor. 

Sekiranya acara ini melibatkan DYMM Sultan mana mungkin Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan terlepas pandang akan perkara ini. 

Tambahan pula, sekiranya DYMM Sultan Selangor berkenan untuk mencemar duli dan menghadiri acara ini adalah menjadi tanggung jawab Setiausaha Sulit baginda, Dato Munir Bani untuk memaklumkan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. 

Saya berpendapat. kekeliruan timbul apabila Dato Munir tidak memberikan maklumat yang sewajarnya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri. Menteri Besar amat kecewa apabila ada pegawai yang gagal melaksanakan tugas mereka dengan baik sehingga mewujudkan suasana tegang serta menggugat hubungan baik beliau dengan DYMM Sultan Selangor. 

Kerajaan Negeri pada masa yang sama telah menghantar jemputan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk Adun Pembangkang dari Barisan Nasional tetapi tiada seorang pun mereka ini menghadirinya. 

Ini membuktikan mereka ini tidak mempunyai semangat kemerdekaan mengamalkan politik jumud dan sempit. Bagi menutup kelemahan sendiri maka mereka memperbesar-besarkan isu yang tiada. 

FAEKAH HUSIN 
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR

No comments:

Post a Comment