Thursday, September 6, 2012

Pijak gambar Najib : Serah diri pun kena gari?


Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh mempertahankan tindakan menggari gadis yang didakwa memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa perhimpunan Janji Demokrasi sebagai "lembut dan mengikut prosedur".


"Gari ini prosedur tangkapan. Prosedur menangkap orang, gari. Itu pun saya rasa, gari pun sangat lembut (very mild). Kalau ikut (betul-betul) gari ini di belakang. "Jadi bila tangkap orang, isu gari bukan satu isu. Apa pun tangkapan suspek mesti gari... (Ia) memang asas yang diperuntukkan oleh undang-undang. Bukan menjadi satu kesalahan kita menangkap pesalah, dengan menggunakan gari," katanya. 

Pemberita sebelum itu menunjukkan keratan sebuah akhbar berbahasa Cina kepada Mohmad dan meminta beliau menjelaskan kenapa gadis yang menyerah diri itu digari tangannya. - Malaysiakini


No comments:

Post a Comment