Saturday, September 15, 2012

Panas!! dari Blogger UMNO : Benarkah PEKIDA terlibat dgn Pelacuran??? +Video

SATURDAY, 15 SEPTEMBER 2012 - CATATAN ANUAR MOHD NOR – video ini diambil di kawasan sekitar PUDU. Ini adalah di sebelah pasar – di bawah jejantas. Saya merakam beberapa orang pelacur dari Cina dan pembabitan industri memperdagangkan manusia.


Namun setelah saya ke sana saya beredar ke kawasan berhampiran dengan Kelab Sosial Champion di kawasan luar PUDU – di jalan utama, saya berusaha untuk menangkap gambar tetapi telah ditahan oleh beberapa gangster India yang mengamok dan bertindak hampir ganas

Bersama saya adalah beberapa rakan dan salah seorang dari rakan saya itu diistilahkan BERBAJU atau dalam lain perkataan adalah anggota PEKIDA. Dalam usaha beliau mententeramkan keadaan beliau turut kerana mendapati ada beberapa merek yang dikatakan BERBAJU juga di sana dan turut menjaga kawasan itu. 

Bila rakan saya bertanya – kat sini BERBAJU apa, mereka menjawab kat sini banyak BAJU – menandakan bahawa banyak kumpulan PEKIDA yang melindungi kawasan ini. 

Saya juga tahu beberapa orang yang BERBAJU juga terlibat dalam kerja-kerja melindungi kawasan khususnya kawasan pelacuran, mesin kuda dan judi haram. 

Adakah ini sebenarnya – anggota PEKIDA – melindungi kawasan panas dengan aktiviti haram. 

Katakan saya SALAH – saya lebih rela salah dari mengetahui PEKIDA turut terbabit dalam aktiviti melindungi aktiviti memperdagangkan manusia atau dengan lain perkataan pelacuran. Setelah keadaan reda antara saya dengan gangster India maka mereka bercerita – mengenai pelindungan dan tindakan polis yang tidak akan mengacau tempat ini di samping kehadiran anggota PEKIDA yang mempunyai kabel besar dengan polis. 

Betul ke – sekiranya tidak AL HAMDULILAH tetapi sekiranya benar – maka apa sebenarnya berlaku? Adakah bukan sudah ada aktiviti memperdagangkan kuasa dijalankan.

No comments:

Post a Comment