Sunday, September 16, 2012

Naib Presiden Perkasa dan Bekas Timbalan Menteri Persekutuan sertai PKR

Sambutan perayaan Hari Malaysia ke-49 Pakatan Rakyat bergegar lagi di kepulauan Borneo!

 
Setelah sah kemasukan bekas Bendahari Umno-APCO Sabah, Ibrahim Menudin menyertai PKR di Labuan , bekas ketua Umno-APCO Bahagian Tanjung Aru, Sabah yang juga bekas Naib Presiden PERKASA, Yahya Lampong sah menyertai PKR!

Majlis tersebut disaksikan ketiga-tiga pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Turut hadir Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali,
Azmin umumkan Naib Presiden Perkasa ini telah keluar UMNO dan menyokong PKR (bagaimanapun namanya sudah tiada dalam AJK PERKASA yang terbaru). Bekas Timbalan Menteri Persekutuan, Yahya Lampong adalah individu kedua selepas Ketua Pegawai Eksekutif milik kerajaan negeri, Suria Capital, Ibrahim Menudin istihar menyokong Pakatan Rakyat hari ini

Sejauh manakah keikhlasan hati budi Yahya Lampong ini aku sangat tidak percaya. Dia juga pernah istihar keluar UMNO pada 1999 dan 24 jam kemudian merujuk semula menyertai UMNO. Ketika itu Pak Lah masih lagi menjadi Perdana Menteri.

"Saya telah berjumpa dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi memberi penjelasan bagaimana saya terperangkap dalam permainan musuh politik saya sehingga termasuk ke perangkap mereka dalam Parti Bersekutu dan dikatakan akan menjadi calon berkenaan di kawasan Kuala Penyu.

''Saya terikut rentak mereka tetapi setelah disedarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, barulah saya faham bahawa perkhidmatan saya dalam UMNO masih diperlukan dan dihargai oleh pucuk pimpinan parti,'' katanya yang juga Pengerusi Sedco pada sidang akhbar pada 2 Mac 1999.

Cuba baca apa dia kata, Timbalan Perdana Menteri ketika itu Najib yang menyedarkan dia bahawa khidmatnya diperlukan dan terpedaya kerana akan menjadi calon. Woii..kalau lompat sana lompat sini sebab nak jadi calon baik duduk dalam PERKASA.

Aku harap jangan asyik kerana keghairahan PR hendak menawan Sabah, terlupa dengan tragedi kejatuhan kerajaan PR di Perak kerana individu-individu petualang yang tidak ikhlas berjuang kerana rakyat!. PULAK DAH

No comments:

Post a Comment