Thursday, September 6, 2012

Kesian "Melayu UMNO" di Tembikai kan dgn bayaran RM30??.... +Video


Amukan Nambikkai Bersama "Melayu Berwawasan" Di Pejabat PKR Semalam 
Video Presiden Persatuan Barisan Tembikai Mengamuk Depan Pejabat PKR Semalam Presiden Persatuan Bersatu Nambikkai (Sebut tembikai) Kalai Vanar telah menunjukkan bukti taat setia terhadap BN.
Presiden Persatuan Bersatu Tembikai itu telah juga membawa beberapa orang pemuda yang dikhuatiri Melayu tak berwawasan walaupun mereka memakai baju bertulis melayu berwawasan untuk menyerang dan menimbulkan huru hara di hadapan pejabat PKR di Tropicana Damansara. 

Dijangkakan tindakan presiden persatuan bersatu Tembikai itu yang memulakan provokasi dengan dibentengi beberapa pemuda-pemuda melayu yang kelihatan malu-malu akan mengakibatkan beliau dianugerahkan gelaran datuk kerana begitu berjaya menunjukkan keberanian terpekik pekik di bawah hujan renyai. 

Dikatakan juga pemuda-pemuda melayu yang diupah dengan bayaran lumayan RM30 beserta makan tengah hari itu akan mengalami demam-demam kerana jarang sekali dibasahi hujan. 

Ini adalah siri "roadblock to putrajaya" yang diadakan oleh penyokong tegar BN selepas beberapa siri serangan lalu termasuk serangan puak jahiliah perkasa yang tidak pandai menghormati masjid seperti yang mereka tunjukkan baru-baru ini. -tukanglawan

Melayu UMNO diperkudakan oleh ketua India BBN


Aiik!! Sudah Tukaq ka.. MELAYU BERWAWASAN??? Gambar Bawah
Sumber Gambar : Ameno World

No comments:

Post a Comment