Monday, September 17, 2012

Janji Di Tepati atau AUTA!!! +Video


PKR tuntut Najib tunai janji Hari Malaysia
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memenuhi janji kerajaan untuk memansuhkan ISA tahun lalu dengan membebaskan tahanan yang masih dikurung bawah akta tersebut.
ISA Mansuh, Diganti Dua Undang-Undang Keselamatan
Bercakap dalam satu forum di Shah Alam semalam, Rafizi berkata penahanan berkenaan menunjukkan Najib sering membuat janji tetapi masih ada belum ditepatinya.

"Saya minta Najib supaya membebaskan tahanan ISA. Sudah cukup masa untuk beliau hapuskan ISA yang diumumkan menjelang 16 September tahun lalu.

"Esok (hari ini) masih ramai lagi tahanan ISA yang masih merengkok dalam penjara dan tidak tahu nasib mereka di Kamunting," katanya dalam forum"Negara Berkebajikan: Analisis, Realiti dan Praktikaliti" di Shah Alam semalam.

Forum berkenaan merupakan sebahagian daripada Konvensyen Fiqh Politik Islam Semasa di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam.

Najib membuat pengumuman untuk memansuhkan ISA semasa perutusan khas sempena Hari Malaysia, tahun lalu.

Rafizi turut mencabar Timbalan Menteri Pelajaran Puad Zarkashi, yang turut menjadi panelis forum tersebut, supaya mengingatkan Najib berhubung akta yang dijanjikan beliau untuk dimansuhkan sejak tahun lalu.

Rafizi berkata, Puad sebelum ini memuji keberanian Najib yang juga presiden Umno untuk menghapuskan akta kontroversi itu sekalipun ada pemimpin Umno yang didakwanya mempertikaikan keputusan itu.

Puad yang juga ketua Umno bahagian Batu Pahat sebelum ini berkata, Najib menghapuskan akta tersebut selepas yakin rakyat menerima proses transformasi yang dibuat oleh kerajaan.

Rafizi turut mengulas usaha kerajaan BN dalam isu kebajikan dengan membandingkan langkah penswastaan universiti dan juga tawaran pendidikan percuma oleh Pakatan Rakyat.

Katanya, beliau menentang penswastaan universiti kerana ia menyebabkan berlakunya "kepincangan dan herotan" yang menurutnya menzalimi rakyat berpendapatan rendah di luar bandar.

"Dalam tempoh (hampir) 20 tahun ia dizahirkan kerosakannya kepada rakyat... Sistem ini menyusahkan rakyat tanpa memberi keupayaan (mereka) untuk berkembang.

"Apabila universiti diswastakan, dikronikan tetapi ia dibiayai dan ditanggung oleh rakyat dan akhirnya generasi anak muda sehingga mati, masih lagi berhutang," katanya.

Sementara itu, Puad yang juga anggota majlis tertinggi Umno pula mempersoalkan dokumen negara berkebajikan yang dikemukakan oleh PAS dalam muktamar parti itu sebelum ini.

Beliau menganggap dokumen tersebut sebagai satu "eskapisme" PAS kerana tidak lagi menggunakan istilah-istilah yang dipakai oleh parti itu sebelum ini seperti negara Islam dan perlembagaan Islam.

"(Atau) sama ada ia (dibuat) kerana mengalah kepada DAP atau mungkin lebih realistik sebagai satu referendum (kepada rakyat) untuk melakukannya," katanya.

Seorang lagi panelis, ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad bagaimanapun mempertahankan manifesto berkenaan yang disifatkannya "mendahului gerakan Islam yang lain di dunia".

Katanya, dokumen tersebut mendahulukan tatakelola pentadbiran yang baik untuk berdepan dengan "kebejatan politik, sosial, ekonomi jurang kekayaan serta hutang kerajaan pusat."

"Ia juga membela daripada pencabulan hak asasi manusia, kebejatan sosial, keruntuhan akhlak... Ia mengangkat satu penyelesaian secara syumul untuk menggantikan dasar 55 tahun daripada kerajaan yang telah lama memerintah.

"Ia respon kepada model jalan penyelesaian BN... Ini bukan retorik," katanya sambil menambah dokumen tersebut cuba mengangkat pemerintahan yang berpijakkan kepada keadilan bagi menangani ketidakadilan ekonomi, politik dan sosial serta alam sekitar.

Selain itu, forum itu turut dipanaskan dengan dengan ulasan panelis berhubung isu air di Kelantan, isu pembinaan loji rawatan Langat 2 dan air percuma di Selangor dan kempen penurunan harga kereta. -mk

Ini manifesto UMNO/BN PRU 2008....minta juak-juak UMNO memberikan pencerahan minda dan keyakinan sedikit kepada rakyat, adakah JANJI INI DITEPATI ATAU JANJI SEKADAR BERCAKAP PAKAI AIR LIUR BASI?....



No comments:

Post a Comment