Sunday, September 30, 2012

Janji di Capati : 40 tahun dambakan elektrik di bawah Pemerintahan BN

 (KERIAN) - Ketika hampir semua kawasan di daerah Kerian pesat membangun, masih ada kawasan yang ‘terlepas pandang’ sehingga penduduknya terpaksa bergelap dan tidak mendapat bekalan air sempurna.
 

 Situasi ini dialami kira-kira lima keluarga menetap di Kampung Matang 36, dekat Jalan Kerian yang terpaksa hidup tanpa kemudahan bekalan itu sejak 40 tahun lalu. 

 Salah seorang penduduk, Baharuddin Arip, 57, mendakwa, beliau sudah beberapa kali membuat permohonan mendapatkan bekalan elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian tetapi tidak berjaya dengan alasan penduduk kampung tidak mencukupi untuk menyalurkan bekalan itu. 

 “Kami dimaklumkan kos membina pencawang elektrik sangat tinggi dan pihak berkenaan tidak mempunyai peruntukan secukupnya bagi menyediakan kemudahan elektrik kepada kami. “Akibatnya, setiap penghuni rumah terpaksa bergantung kepada dua mesin jana kuasa elektrik dan sebuah pam air untuk mendapatkan bekalan bagi tempoh terhad,” katanya. 

 Katanya, lebih membebankan, penduduk terpaksa memperuntukkan kos bahan api lebih RM300 sebulan semata-mata untuk memastikan rumah mereka mendapat bekalan elektrik bermula jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari. 

 Seorang lagi penduduk, Mat Nasir Ahmad, 80, berkata, pihaknya menghantar surat rayuan kepada PDT Kerian pada bulan November 2006 untuk memohon kelulusan pembinaan infrastruktur jalan raya, penyediaan bekalan elektrik dan air kerana mereka terpaksa melalui jalan kebun untuk keluar ke pekan. 

Menurutnya, susulan pembinaan bangunan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Matang Timbul terletak berdekatan kampung itu, pihak berkenaan membina jalan berturap selain Kementerian Kesihatan menyediakan dua punca air bersih dari telaga asli. “Bagaimanapun, usaha penyambungan bekalan elektrik gagal diselesaikan pada masa itu dan tidak diteruskanhingga kini. “Sudah puas kami mengadu, permohonan kami ditolak ke sana dan ke mari ibarat seperti bola dengan alasan jumlah penduduk di kampung ini tidak cukup. “Saya kesal kerana kampung yang dikelilingi kawasan yang pesat membangun masih terpinggir daripada kemudahan asas,” katanya. 

 Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semanggol, Ramli Tusin menggesa pihak bertanggungjawab tidak meminggirkan kawasan kampung di pedalaman, lebih-lebih lagi ada bangunan PLKN berdekatan kampung itu. 

Menurutnya, kesemua pemilik rumah berkenaan memiliki geran tanah dan inisiatif meluluskan penyaluran bekalan elektrik tidak seharusnya menjadi sukar. “Saya akan mengemukakan masalah ini terhadap pihak berkenaan memandangkan ia melibatkan keperluan asas rakyat. “Agak menghairankan tiada inisiatif diambil dan perkara ini perlu diselesaikan segera memandangkan semua rakyat berhak mendapat kemudahan asas daripada kerajaan,” katanya. 

 Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dun Semanggol, Zaini Cha menegaskan usaha pemasangan bekalan elektrik di kampung Matang 36 agak sukar disebabkan pihak terlibat perlu mendapatkan keizinan puluhan tuan tanah bagi membolehkan pemasangan tiang elektrik dibuat. 

 Menurutnya, jarak kampung sejauh 3.2 kilometer dari kampung berdekatan turut menyebabkan kos pemasangan bekalan elektrik sangat tinggi. “Justeru, kami mungkin mencadangkan penggunaan panel solar yang lebih menjimatkan kos kepada lima keluarga terlibat bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan bekalan elektrik seperti orang lain,” katanya. - SH


Kali ini sekali lagi slogan "Rakyat didahulukan" ternyata sekadar menjadi retorik politik. Apa tidaknya, bil elektrik kediaman Perdana Menteri dan timbalan, mencecah RM10.3 juta, tapi penduduk ini bekalan elektrik pun tak dapat. 

 Di bawah ini petikan Hansard Parlimen, jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berhubung kediaman Perdana Menteri dan timbalannya, 

Seterusnya Klik SINI

No comments:

Post a Comment