Sunday, September 30, 2012

Gempaq!! Pengerang dilanda "TSUNAMI" +Gambar & Video


Penduduk, NGO berhimpun bantah Rapid di Pengerang 
Perhimpunan kumpulan peserta Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Johor bagi membantah projek petrokimia Rapid .
pengerang himpunan hijau 300912 supporter 05
Penduduk di perkampungan nelayan itu, diketuai satu gabungan NGO, mendakwa mereka tidak dirunding dan bimbang projek besar bernilai RM60 bilion itu akan menjejaskan alam sekitar, kesihatan dan punca ekonomi mereka. 
Rapid Pengerang, UMNO/BN musnahkan 10 Kampung Melayu...
Perlaksanaan projek ini akan mengakibatkan 10 Kampung dengan jumlah penduduk seramai 25,000 orang akan dipindahkan.. Manakala 6 Masjid, 11 Surau, 13 Sekolah, 14 rumah ibadat, 3 Klinik Kesihatan, 2 Balai Polis, 11 Tanah Perkuburan Islam dan 7 Tanah perkuburan bukan Islam akan hilang dari pandangan... 

25,000 orang penduduk Kampung yang dikeluarkan dari kampung milik mereka itu sudah pasti majoritinya adalah Melayu.. 

Sekali lagi dalam hal ini UMNO membuktikan bahawa mereka adalah pejuang tanah Melayu.. maksud aku pejuang dalam hal menjual tanah milik masyarakat Melayu.. 

TERAS menolak projek Rapid Petrokimia Petronas yang diumumkan akan dilaksana di Pengerang Johor sebagai projek mengutamakan rakyat. 

Dengan pemindahan penduduk dari 10 kampung tardisional, tidak mungkin boleh diterima sebagai mengutamakan rakyat. Jika benar projek yang hendak diperkenalkan adalah untuk kepentingan rakyat sepatutnya pandangan rakyat diperolehi terlebih dahulu. 

Kami berpendapat pengumuman PM bahawa projek itu akan dilaksanakan tanpa terlebih dahulu melalui proses perundingan awam adalah tindakan yang mengenepikan hak rakyat untuk memberi maklumbalas. Pendekatan kerajaan memaksa rakyat menerima projek pembangunan yang bersifat pengambilan kampung halaman dan memaksa penduduk dipindah adalah pendekatan diktator yang sering dihadapi oleh rakyat di negara membangun. 

Rakyat sering dijadi mangsa dengan alasan bahawa pembangunan diperlukan dan rakyat perlu berkorban . Pihak pemaju projek selalunya mendapat perlindungan kerajaan dan kerajaan pula sering mengiakan kehendak pemaju.  

Teras tidak menerima pendekatan yang sudah lama ditolak oleh rakyat di kebanyakan negara membangun sekarang kerana pendekatan seperti ini akan selalu mengakibatkan kerosakan dan kemusnahan alam sekitar , peminggiran penduduk, kesan sosio-budaya yang negatif dan kepentingan penduduk tempatan diketepikan untuk diambil alih oleh orang luar. 

Ini bukan kali pertama rakyat diketepikan. Janji awal bahawa puluhan ribu peluang pekerjaan akan disediakan , biasanya tidak berlaku bila projek berskala besar ini dilaksanakan. Perubahan iklim ekonomi semasa sentiasa menjadi helah kenapa syarikat tidak dapat memberi peluang pekerjaan seperti yang diramalkan dan adakala terpaksa membuang pekerja. 

Projek mega seperti ini akan selalunya mengutamakan kepentingan ekonomi dari yang lain. Dalam pengalaman pelbagai projek yang telah dilaksanakan akhirnya pekerja asing diambil dengan alasan kos upah lenih murah dan penduduk tempatan akhirnya terpinggir. 

Pengalaman seperti ini bukan baru. Projek Perwaja di Kedah yang akhirnya rugi kini dipenuhi oleh pekerja luar dan tidak berlaku sebarang keuntungan dan limpahan ekonomi seperti dijanjikan berlaku. 

Teras berpendapat bahawa kerajaan tidak seharusnya meneruskan pendekatan “dari atas ke bawah” (top down) seolah kerajaan lebih tahu semua dari rakyat. Sebaliknya pendekatan yang lebih mesra rakyat iaitu “dari bawah ke atas” (bottom up) sepatutnya digunakan jika kerajaan benar- benar jujur mengguna prinsip rakyat diutamakan. 

Teras membantah keras pengambilan tanah rakyat oleh projek Rapik Petronas di Pengerang apatah lagi tanah yang melibatkan perkampungan tradisional Melayu. Sudah terlalu banyak tanah orang Melayu menjadi mangsa atas nama pembangunan yang akhirnya mengakibatkan orang Melayu terpinggir dan menjadi hamba kepada orang lain di atas tanah asalnya sendiri. 

Mohd Azmi Abdul Hamid 
Presiden TERAS 
*Kenyataan Media oleh TERAS*

 



No comments:

Post a Comment