Monday, September 17, 2012

Berita yg tak masuk TV : EXCO N Sembilan melepaskan TEMBAKAN kearah seorang lelaki dirumahnya


Berita PANAS yang kita tak dengar tapi berlaku...kenapa media utama macam terlepas pandang je kejadian ni....

Seorang ahli Exco Kerajaan Negeri Sembilan dari UMNO didakwa telah melepaskan satu das tembakan ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban beberapa hari lalu.

Ketua Pemuda DAP merangkap ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook menulis di laman Twitternya tadi mengatakan:

@anthonyloke Dpt info seorang ahli EXCO NS melepaskan 1 das tembakan dirumahnya. Minta Polis NS siasat segera spt mana kes bodyguard DSAI"

Manakala di laman Facebooknya, Anthony menulis:

"Saya mendapat maklumat dari sumber yang boleh dipercayai bahawa seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dari UMNO telah melepaskan satu das tembakan melalui pistolnya ke arah seorang lelaki misteri di rumahnya di Seremban dalam satu pergelutan beberapa hari yang lepas. Saya harap tidak ada usaha untuk "cover up" kes ini oleh pihak berkuasa dan siasatan terperinci mesti dijalankan serta merta. Kalau kes mengacukan pistol yang melibatkan bodyguard Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan perhatian serius oleh pihak polis, maka kes ini juga perlu disiasat dengan segera!"

Terdapat 10 ahli Exco negeri yang kesemuanya dari Barisan Nasional (BN) dengan lapan daripadanya dari UMNO, manakala masing-masing satu dari MCA yang diwakili ADUN Chennah, Siow Chen Pin dan ADUN Jeram Padang dari MIC, VS Mogan.

Anthony menggesa polis bertindak tegas ke atas exco berkenaan seperti mana yang dilakukan ke atas pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang yang mengacukan pistol tanpa melepaskan sebarang tembakan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh belum memberi sebarang kenyataan berhubung perkara itu dan masih menunggu laporan lanjut.

Sementara itu Menteri Besar, Mohamad Hasan yang juga bapa saudara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin enggan mengulas lanjut siapa yang terbabit dalam kejadian tersebut sambil menyerahkan kepada polis untuk menyiasat lebih lanjut.

BILA DAH ENGGAN TU BERMAKNA BETULLAH TU.....TAPI EXCO YANG MANA SATU EK?...DESAS DESUS KATA LELAKI ITU KEKASIH GELAP ISTERINYA?....APA-APA PUN KITA SERAHKAN KEBIJAKSANAAN POLIS UNTUK MENYIASAT. - Omakkau

Adun NS Bergelar Datuk Lepaskan Tembakan Di Rumah

Adun NS Bergelar Datuk Lepaskan Tembakan Di Rumah : SEREMBAN, Polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan seorang ahli politik berpangkat Datuk melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki di rumahnya di Rasah Kemayan, pada Jumaat lalu.
Adun NS Bergelar Datuk Lepaskan Tembakan Di Rumah
Difahamkan ahli politik berkenaan melepaskan tembakan dari sepucuk pistol jenis Revolver miliknya selepas dia menemui seorang lelaki berada di rumahnya.

Kejadian itu dipercayai berlaku di kediaman ahli politik terbabit, kira-kira jam 8 malam. Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, kedua-dua individu berkenaan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Kami sudah pun menjalankan siasatan berhubung perkara ini. Siasatan dijangka selesai tidak lama lagi. Sehubungan itu, semua pihak diharap tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan selesai,’’ katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Lelaki berkenaan bagaimanapun dilaporkan tidak cedera dalam kejadian itu.

Sementara itu, dalam sidang akhbar lain pada petang semalam, Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook mengeluarkan kenyataan, beliau mendapat maklumat daripada sumber memberitahu ada tembakan dilepaskan di rumah Adun terbabit beberapa hari lalu.

“Kami menggesa polis siasat kejadian itu dengan teliti tanpa melindungi mana-mana pihak. Jika betul kejadian itu berlaku, kami mahu dia disiasat sama seperti kes seorang pengawal keselamatan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengacukan pistol kepada orang ramai,” katanya. - Sumber

LAGI BERITA DI SINI

No comments:

Post a Comment